Althea | A'bloom Series
3:14 PM
Hai korang.
Althea sekali lagi telah melancarkan 3 produk terbarunya
iaitu A’bloom Series. Temanya bersesuian dengan musim bunga di Korea pada bulan
Mac hingga Mei. Jom kita berkenalan dengan adik-beradik A’bloom Series ni.
A’bloom BHA Blackhead Blaster
Kalau korang tengok sekali pandang ia seperti lipstik tapi
jangan tertipu. Ianya adalah BHA Blackhead Blaster dalam bentuk stick.
Selalunya produk untuk hilangkan blackhead/whitehead jenis mask peel off atau
cecair tapi A’bloom Series dari Althea keluarkan produk jenis stick. Jadi
kebarangkalian produk nak tumpah atau berlipat ke apa memang takde. Korang cuma
perlu tonyoh je BHA Blackhead Blaster ni kat kawasan
blackhead(dagu/hidung/dahi) yang korang nak buang dengan gerakan bulatan lepas tu bilas dengan air.
Mudahkan?
Nak kesan yang lebih efektif, korang tuam tuala suam di
kawasan yang ada blackhead supaya pori-pori terbuka kemudian tonyoh BHA
Blackhead Blaster ni. BHA Blackhead Blaster ini diperbuat daripada BHA
semulajadi, arang, serbuk biji apricot dan minyak daun teh hijau yang mampu
membersihkan dan mencerahkan kulit.
Harga BHA Blackhead Blaster Cuma RM16 sahaja dengan saiz 8g.
A’bloom Fruit Sheet Mask
Sempena musim bunga ni Althea juga keluarkan 4 variasi fruit mask
dengan nama manja dan comel gitu. Geram tau tengok nama-nama mask ni.
Avo-Cuddle-Me(nourishing avocado)
Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan
melindungi kulit daripada kesan alam sekitar dan mencegah kedutan serta tanda
penuaan di wajah. Diperbuat daripada avocado dan bunga raya yang mampu memberi
kesan yang lembut pada kulit.
Sparkle-Me-Bright(brightening lemon lime)
Mask dari juice lemon ini pula dapat membantu untk
mencerahkan kulit kerana mengandungi 2 kali ganda Vitamin C dari lemon dan
limau yang dapat memudarkan kesan lebam(dark spot) pada wajah. Sesuai untuk
semua jenis kulit dan kulit kombinas. Antara bahan-bahan terdiri daripada
niacinamide, teh hijau, lime dan lemon juice.
Water-Me-Long(moisturizing watermelon)
Buah tembikai kaya dengan kelembapan. Jadi penggunaan buah
tembikai dapat berfungsi untuk melembapkan kulit dan memberi extra kelembapan
dan mencerahkan. Dapat mengimbangi pH kulit dan memberi efek glowing.
Diperbuat dari bahan-bahan seperti tembikai, lavender dan
shea butter.
Ac-Me-Peach(anti blemish peach)
Mask dari buah peach dan tea tree oil ini pula dapat
membersihkan dan melegakan kulit yang sensitive. Ia mampu mengawal minyak,
mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.
Cara pemakaian A’bloom Fruit Mask Sheet
- Bersihkan wajah, keringkan dan sapu penyegar.
- Keluarkan A’bloom Fruit Mask Sheet dan pakai pada wajah.
- Pakai selama 10-20 minit kemudian tanggalkan. Urut wajah dengan lembut agar terasa resapan pada kulit wajah hingga ke dalam.
Harga satu set A’bloom Fruit Mask Sheet cuma RM15 untuk 10
keping.
A’bloom Gaint Meringue Puff dan Baby Meringue Puff
Yang comel-comel gebu-gebu ni bukan kuih ye, yang ni span
untuk sapuan foundation atau concealer.
Gaint Meringue Puff ini sesuai untuk sapuan foundation atau
makeup base dikawasan muka yang luas. Korang boleh basahkan dahulu meringue
puff ni atau guna sahaja dalam keadaan kering tetapi sapuan foundation tetap
sempurna.
Baby Meringue Puff pula sesuai untuk kegunaan di kawasan
kecil seperti memakai concealer di bawah mata, di atas bibir atau dibahagian
kelopak mata.
Ia amat lembut ketika kering dan menjadi lebih lembut dan
lembap ketika basah. Jadi korang boleh pilih nak guna macam mana. Meringue puff
ini diperbuat daripada bahan latex-free dan non-toxic yang selamat digunakan
termasuk untuk kulit yang sensitif.
Harga bagi Gaint Meringue Puff cuma RM8 untuk satu dengan
saiz 48*46mm manakala harga bagi Baby Meringue Puff Cuma RM11 untuk tiga dengan
saiz 30*28mm.
Kesemua variasi dari Althea A’bloom ini boleh didapati
secara online di
https://my.althea.kr/collections/abloom
#AltheaAbloom #AltheaKorea #AltheaAngels
2 apa kata anda?
Baby baru Althea kali ni comel-comel je. Rasa sayang je nak guna
ReplyDeleteComel² je baby Althea Korea kali ni.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^