BUFFET RAMADHAN PENANG 2019 | THE LIGHT HOTEL PENANG

12:47 PM


Khazanah Sajian Nusantara di Spice Brasserie The Light Hotel Penang


Ramadan tiba lagi. Kali ini The Light Hotel Penang dengan bertemakan Khazanah Sajian Nusantara menawarkan lebih dari 171 juadah untuk berbuka sepanjang Ramadan. Dengan menyajikan sajian Selera Minang yang pasti membangkitkan selera para pengunjung sewaktu berbuka. The Light Hotel Penang menyajikan menu-menu yang terbaik dari pasukan chef yang berpengalaman dan menu-menu tersebut akan ditukar setiap hari dan untuk tahun ini dihidangkan panas-panas 6 jenis gulai kawah.

 
Berbuka Dengan Selera Minang


Kali ini dengan menu dari Negeri Sembilan, The Light Hotel Penang menyajikan Kambing Percik Minang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Rendang Daging Nogori, Gulai Lemak Nanas Ikan Talang Masin, Sambal Gesek, Gulai Pisang Muda, Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis, Gulai Ikan Sembilang Salai, Gulai Daging Salai Pucuk Ubi Dan Terung Telunjuk serta banyak lagi.










Turut disajikan pada pengunjung Daging Lembu Tenderloin Dengan Salutan Kopi Istimewa, Ketam Bercili, Kari Ikan Masin Dengan Kacang Bidang dan Murunggai, Ikan Pari Asam Pedas, Pajeri Nenas Udang Kering, Kambing Keema Dengan Roti Pita, Sup Tulang Daging dan Koay Teow Kambing Special.





Aneka ulam-ulaman serta kerabu dan sambal juga turut disediakan. Bagi penggemar ketupat dan lemang boleh rasainya di sini bersama serunding atau Rendang Daging Nogori.

Terdapat 15 jenis pencuci mulut yang disediakan seperti ais kacang, kek yang beraneka rasa, buah Melaka, kuih koci, kuih ketayap, Kuih seri Muka, Lepat Pisang, Buah-buahan, aneka jenis kuih raya baru dan lama.






Gerai masakan panas turut disediakan untuk menu seperti Mee goreng dan Char Koey Teow yang di goreng apabila dipesan. Terdapat juga warung nasi ayam dan tandoori.



Bagi yang ingin berbuka puasa secara ringkas, The Light Hotel Penang menyediakan set makan malam yang ringkas untuk korang iaitu Biryani Dome Set yang menyajikan Nasi Biryani, Ayam Bawang, Kambing Kari Pekat, Sambal Sotong, Kurma Telur atau Dalca, Sayur Goreng Masala dan didatangkan juga dengan kurma, pencuci mulut dan 1 jug air. Set ini minimum boleh di tempah untuk 6 orang.






Promosi bufet Ramadan Khazanah Sajian Nusantara The Light Hotel Penang bermula :-
8 Mei hingga 4 Jun 2019
7 malam hingga 10 malam

Harga buffet Ramadan
RM110 seorang untuk dewasa
RM90 seorang untuk warga emas/kanak-kanak



Briyani Dome Set- RM50 seorang(minimum 6 orang)



Selain itu untuk kemudahan, pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di surau yang disediakan. Surau disediakan berasingan untuk lelaki dan wanita.

Pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan Ar-Rayyan sepanjang berbuka dengan alunan lagu irama Arab dan Melayu dari yang lama hinggalah yang terkini.

Bagi menceriakan lagi tema Selera Minang, replika rumah Minangkabau disediakan untuk pengunjung bergambar. Pengunjung akan merasai pengalaman sebenar, bergambar dan berjalan menerusi Rumah Minangkabau.

Untuk tempahan dan info lanjut boleh hubungi :-
Telefon 04-3821111

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. dok kat utara pun boleh makan masakan nogori. sungguh syok lah macam tu ^_^

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers