Resepi Mudah | Asam Pedas Utara

9:08 AM


Resepi Mudah | Asam Pedas Utara


Asam pedas Utara ni senang sangat nak masak. Tak perlu nak tumis bagai. Cuma rebus saja sebab kuahnya tak pekat. Rasa dia macam kuah laksa cair-cair ceroi orang Utara kata tapi isi ikan tu tak hancur. Kalau nak masak time berbuka puasa ni sap sap soi ja. Janji semua bahan-bahan dah ada ja.



Pekena dengan nasi panas-panas, ikan kembung goreng dan sambal belacan…..uiiii…terangkat. Semalam saya masak asam pedas ikan pari. Fuhhhh…masa atas dapur pun dah tak sabar nak makan.

Jom tengok apa bahan-bahan Asam Pedas Utara.

Bahan kisar(kisar dengan 2 ke 3 cawan air)
  • 7-8 tangkai cili kering( kalau nak pedas boleh lebihkan jadi 10-15 tangkai)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan(sebesar ibu jari)


Bahan-bahan lain
  • 4 ketul ikan pari(ikan lain pun boleh guna yang paling femes kat Utara masak dengan ikan termenung aka kembung)
  • Daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 1 batang serai(dititik)
  • Bendi(nak letak timun/keladi pun boleh)
  • 1 biji tomato
  • Air asam jawa(setengah orang letak asam keping)
  • Garam secukup rasa


Cara memasak Asam Pedas Utara

  1. Bahan-bahan yang dah dikisar tadi masukkan ke dalam periuk. Kalau rasa macam sikit tambah air dan rebus hingga mendidih.
  2. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai dan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan bendi. Agak-agak dalam 5 minit mendidih masukkan pula ikan dan tomato. Perasakan dengan garam. Kalau masak ikan kembung jangan lama-lama ye takut nanti hancur. Agak-agak ikan dah masak bolehlah dihidangkan. Siap sedia untuk di makan.


Mudahkan?

Bulan-bulan puasa ni kita cari resepi mudah je nak masak.
Senang.

Selamat mencuba.


You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. sedap ooii asam pedas. dok nak masak asam pedas, tak masak2 pun lagi. mungkin esok2 laa jawabnya.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers