Joielle Virgin Coconut Oil Baby Set dari Joielle Baby

7:51 AM

Assalamualaikum. Sekarang ni kita selalu tengok ada anak-anak kawan yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan gatal pada bayi. Ini kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif dan ada yang tidak tahan dengan bahan-bahan kimia merbahaya, parabens dan SLS dalam produk penjagaan bayi yang kita gunakan sehari-hari.


Hari ini saya nak perkenalkan satu rangkaian produk bayi yang menggunakan Virgin Coconut Oil(VCO). Produk ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan gatal kerana ia menggunakan Virgin Coconut Oil.

Apa itu Virgin Coconut Oil?


Virgin Coconut Oil atau dikenali sebagai minyak kelapa dara adalah minyak yang diolah dengan bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang tidak menggunakan haba. Minyak kepala dara telah digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Joielle Virgin Coconut Oil Baby Set


Set VCO 3 dalam 1 ini mengandungi mandian bayi, krim bayi dan losyen bayi.


Mandian Bayi Joielle Virgin Coconut Oil


Mandian bayi Joielle ini dirumus dengan minyak kelapa dara dan bahan-bahan berkualiti tinggi, HALAL dan selamat yang mampu membantu untuk membersih dan melembabkan kulit sensitif pada bayi. Ia mampu menjaga kelembapan semulajadi kulit serta merawat jangkitan kulit dan kemerah-merahan. Bau mandian bayi ini juga amat menenangkan yang dapat melegakan serta memberi keselesaan pada bayi untuk tidur.

Krim Bayi Joielle Virgin Coconut Oil


Krim ini dapat membantu merawat kulit yang mempunyai masalah ekzema, kulit kering dan bersisik, ruam, rekahan kulit perut, sinaran matahari dan gatal kulit. Tekstur Krim Bayi Joielle ini pekat dan tidak melekit serta penuh dengan kebaikan bahan semulajadi mampu menguatkan dan melembabkan kulit bayi sepanjang hari. Ia juga sesuai digunakan oleh ibu mengandung untuk mengelakkan parut.

Losyen Bayi Joielle Virgin Coconut Oil


Losyen Bayi Joielle ini bagus untuk melembutkan kulit bayi yang kering dan kasar jika disapu secara berterusan. Ia melindungi kelembapan kulit dan sesuai digunakan untuk kulit yang kering.

Kesemua produk Joielle VCO ini diperkaya dengan minyak kelapa dara, extrak aloe vera dan vitamin E yang mampu membersih, melembut serta melembabkan kulit bayi. Ia juga disahkan oleh KKM dan mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM.

Kita dah cuba Joielle Virgin Coconut Oil Baby Set ni, bau dia wangi sangat. Bau lembut wangi macam bau baby. Losyen pun tak melekit.

Kalau korang berminat nak dapatkan rangkaian produk Joielle VCO ini boleh dapatkan di kedai Penjagaan Ibu Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress(Airul Khairiyah) Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.

Info lanjut boleh ke :-




You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^