Unboxing Althea Beauty Haul | Althea Reward Point
9:16 AMALTHEA BEAUTY HAUL 2.0
Hai semua. Hari ni nak cerita apa yang saya redeem dengan
Althea reward USD30 bersamaan MYR120. Saya jenis jarang pakai make-up ditempat kerja.
Kebetulan barang make-up kita pon dah ada yang expired sebab terlampau jarang
pakai jadinya marilah bersama-sama restock sedikit barang make-up. Iyolah…masa
kerja tak boleh make-up sebab nak masuk production dan lab. Kena pula kita
mengandung hari tu dan mood malas make-up muncul dah tak guna sangat barang
make-up tu. Lepas tu berpantang pula hampir 3 bulan. Bila mood nak make-up mai
tengok-tengok barangan make-up kau dah keras kejung…hahahaha…bertabahlah wahai
badan.
Moh tengok apa yang saya order.
Tadaaaaaaaa….ini yang saya pilih di Althea pusat
membeli-belah online untuk skincare dan beauty dari Korea.
- Porefection BB Cream(30ml) code 02 Natural beige – MYR42.00
- Pore Master Sebum Control Primer(25ml) – MYR42.00
- Fresh Green tea 70 toner(180ml) – MYR30.00
- Panda’s Dream Eye Patch(2 pcs) – MYR6.00
Total semua MYR120 hahaha…order ngam-ngam kau kah.
Kita order 4 Ogos 2018 dan barang sampai 13 Ogos 2018 dari
Korea. Cepat sangat-sangat ha. Terkejut tau barang sampai cepat sangat.
Dan yang paling best FREE SHIPPING dengan belian 2+ ke atas.
Sapa takmau kan beli produk kecantikan dari Korea jauh nun di sana tapi free
shipping. Yang kat dalam Malaysia nip on kalau order kena bayar tau.
Nak lagi best, belanja MYR20 di Althea dapat rebate MYR1
*termaktub dengan terma dan syaratnya. Tak best ke kalau camtu? Best kan.
Apa tunggu lagi. Jom shopping skincare and beauty Korean product
di ALTHEA.
4 apa kata anda?
BB cream tu mcm best nye..lenkali boleh try
ReplyDeleteeheee comelnya panda eye patch hahaha..
ReplyDeleteWowww menarik.. Nk order pon mudah.. Smpai pon cepat.. Ni yang kita mau..
ReplyDeleteMemang seronok shopping dekat sini. Cepat pun cepat
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^