Reunion FDR | Persahabatan Terjalin Sejak 1997
10:59 PM
Assalamualaikum.
Akhirnya apa yang di rancang berjaya juga tapi salah sorang dari kami tak dapat juga hadir di saat-saat akhir. Ada program sekolah. Takpa, kita faham masing-masing mempunyai kerja hakiki.
Sebenarnya dari tahun lepas selepas raya puasa kami dah plan nak buat reunion yang lebih formal sikit. Kali ni nak jumpa secara solo a.k.a bujang. Selalunya kami akan buat portluck raya kat rumah salah sorang dari kami dan berkumpul beramai-ramai anak-beranak tapi tahun ni kebetulan saya masih dalam pantang dan hari yang nak berjumpa tu masing-masing ada hal jadinya tak dapat berkumpul semuanya macam tahun-tahun sebelum ni.
![]() |
portluck raya |
Masa saya dalam pantang dan kebetulan 0% GST terus saya kata nak emas...hahahaha. Kebetulan masa tu lepas pantang dan belum masuk keja lagi, saya, Mamaneh dan LD serbu Kedai Emas Anuar di Bandar Perda nak survey emas.
Kononnya nak survey tapi terus beli. Mula-mula nak beli loket emas yang sama tapi loket bentuk yang sama dan berat yang hampir sama tak banyak stok, jadinya setengah ambil rantai tangan dan setengah lagi beli loket. Kami yang ada di kedai emas pula special sikit, pilih barangan yang kami berkenan. 3 jam kot dok memilih barang kat kedai emas. Rambang mata hoiiii....
Kebetulan saya pernah review di Ixora Hotel jadi kawan-kawan amanahkan saya untuk deal hi-tea kat situ. Lagipon lokasinya dekat untuk kami.
![]() |
Dah nama pon perempuan...dapat tengok emas bukan main seronok lagi hahahaha... |
Kononnya nak survey tapi terus beli. Mula-mula nak beli loket emas yang sama tapi loket bentuk yang sama dan berat yang hampir sama tak banyak stok, jadinya setengah ambil rantai tangan dan setengah lagi beli loket. Kami yang ada di kedai emas pula special sikit, pilih barangan yang kami berkenan. 3 jam kot dok memilih barang kat kedai emas. Rambang mata hoiiii....
![]() |
Apa yang kami beli. Saya punya ❤ kat tengah tu. Lagi 2 diorang dah pakai sebab pasang terus ke rantai |
Kebetulan saya pernah review di Ixora Hotel jadi kawan-kawan amanahkan saya untuk deal hi-tea kat situ. Lagipon lokasinya dekat untuk kami.
25 Ogos 2018 | Sabtu | 3.00 petang
Tempat : Ixora Hotel
Tema : Biru Putih ala-ala Che Ta dan adik beradik dia day out
![]() |
konon nak buat macam ni la...hahahahaha...tapi badan tak ramping macam depa |
Jom layan gambar yang banyak...hahahaha...
![]() |
Sopan |
![]() |
Control ayu |
![]() |
Makin menjadi |
![]() |
Action |
![]() |
Action |
![]() |
Opss...dah berpunya |
![]() |
Fdr |
![]() |
Ala-ala model |
![]() |
Kami 9 dari 10 FDR |
![]() |
Dah mula dah |
![]() |
Peace ✌ |
![]() |
Model 😆 |
Psstt...ada orang kata kami 'makin keladi'. Ala...bagi la peluang nak seronok-seronok jumpa kawan-kawan yang satu kepala nak bergambar macam ni. Dulu-dulu tak mampu nak tangkap gambar banyak camgini. Guna Kodak je kan. Bila dah digital ni haruslah bermacam-macam aksi...tapi masih sopan tau.
Thanks sayang-sayang sekalian yang sudi menjadi sahabat sejak 1997. Eh...ada yang dari 1992 juga tau. Moga ikatan persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Usikan-usikan 'PEDAS' tu yang mengeratkan hubungan antara kita semua.
LOVE
Thanks Ixora Hotel untuk diskaun 10%.
Thanks Cik Aini belanja kami semua hi-tea hari tu.
Thanks Wanee for decoration.
Deco/bunga/gift :- IG littleangelsparty atau wasap 0102259330 ( Penang, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban )
4 apa kata anda?
semoga persahabatan kekal selamanya =)
ReplyDeletebest kalau ada kawan2 sekepala mcm ni..
ReplyDeletebestnya dpt reunion dgn kawan2 tau..Liez last sekali reunion tahun 2012 dekat alor setar..
ReplyDeletesemoga persahabatan Zai dan kawan-kawan kekal selamanya. best kan bila boleh berkumpul ramai2 macam ni.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^