Daftar ADAM50 untuk Auni Nadeera

3:37 PM

Assalamualaikum

Baru-baru kawan ajak teman ke ASNB. Dah alang-alang ke sana mohler kita daftar ADAM50 untuk Auni Nadeera.


Apa itu ADAM50?


ADAM50 ialah Amanah Dana Anak Malaysia 2050. ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB*.
*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah ASB dan AS 1Malaysia.


Tak susah pun nak daftar ADAM50 ni. Tak sampai 15 minit pun sekali isi borong segala kalau tak ramai orang.

Apa yang korang perlu bawa ketika hendak mendaftar ADAM50


  • MyKid/sijil kelahiran bayi
  • MyKad ibu/bapa/penjaga

Tadaaaa.... siap sudah daftar ADAM50. PERCUMA Insentif unit amanah RM200 sebagai dana tabungan permulaan bagi setiap bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022. Pendaftaran mesti dilakukan dalam tempoh setahun kelahirannya. Kalau habis tempoh setahun permohanan ini sudah tidak layak.


Sekarangkan dah tak pakai buku ASB jadi dapat sehelai slip berserta nama, nombor MyKid anak, nombor akaun ASB anak dan jumlah insentif yang kita dapat. Kalau korang ada bawa duit raya anak ke duit lebih ke boleh simpan sekali dalam ni. Hari tu saya tak bawa duit raya Auni Nadeera. Nanti nak ke HR nak buat simpanan bulanan melalui potongan gaji pula la. Kalau nak pi simpan sendiri memang tak sampai la ke situ...ahahahaha....

Tempoh matang insentif ADAM50 setelah mencapai usia 18 tahun. Selepas itu, status akaun akan berubah menjadi Akaun Dewasa dan segala unit insentif beserta pengagihan pendapatan (sekiranya ada) boleh dikeluarkan seperti biasa.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^