Jualan Riang Ria Raya Lazada
2:06 PMJualan Riang Ria Raya Lazada
Ramadan sudah masuk hari ke 12. Sana-sini orang sibuk mencari baju raya dan barang keperluan untuk menyambut raya yang bakal tiba. Bagi yang suka berjalan mencari kelengkapan raya akan mengunjungi supermarket untuk membeli-belah dan bagi yang sibuk dan tiada masa untuk membeli belah boleh mengunjungi kedai di atas talian yang banyak sekarang ini seperti di LAZADA.
Lazada juga turut tak terkecuali mengadakan jualan sempena raya nanti. Jualan Riang Ria Raya Lazada bakal berlansung pada 1 Jun hingga 4 Jun 2018 ini dengan menawarkan tawaran ekslusif dan diskaun sehingga 90% untuk produk-produk terpilih yang ada di Lazada.

Jualan Riang Ria Raya Lazada ini menawarkan tawaran ekslusif kepada lebih dari 30 jenama antarabangsa antaranya ASUS, Carlo Rino, Poney, Levi's, Siti Khadijah, Drypers, Clarks, Maybelline serta Cala Qisya. Masa inilah anda dapat berjimat dengan tawaran diskaun hebat yang ditawarkan oleh Lazada.
Carlo Rino
Antara barangan Carlo Rino yang menawan disamping diskaun hebat.
Poney
Pakaian kanak-kanak jenama Poney yang cantik dengan potongan harga yang menarik.
Siti Khadijah
Banyak pilihan telekung Siti Khadijah dan juga tudung dengan diskaun istimewa. Boleh belikan untuk yang tersayang.
Pilih saja mana yang berkenan, buat pembayaran di atas talian dan tunggu sahaja barang sampai di rumah. Tak perlu lagi nak berpanas di bulan puasa, beratur bersesak di dalam supermarket. Semuanya ada di Lazada.
Duit Raya Shakin' Deals
Jualan Riang Ria Raya dari Lazada ini juga menawarkan jualan hebat dengan lebih 600 baucer untuk direbut, barangan-barangan raya dan bufet buka puasa dan tawaran ekslusif dari rakan-rakan niaga di Lazada. Dan yang paling best sekali ada DUIT RAYA SHAKIN' DEALS yang boleh dimenangi baucer sehingga RM50.
Cara-cara untuk memenangi DUIT RAYA SHAKIN' DEALS mudah saja. Ikuti step di bawah ini.
1- Muat turun aplikasi Lazada di telefon bimbit anda dan log masuk ke Lazada.
2- Kekal di laman web Lazada.
3- Goncang setiap hari bermula dari 22 May hingga 4 Jun 2018 pada 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam.
Apa tunggu lagi. Jom ke Lazada Riang Ria Raya dan nikmati diskaun dan tawaran yang hebat dari Lazada sempena musim raya ini dari 1 Jun sehingga 4 Jun 2018 ini.
Jangan lepaskan peluang anda.
3 apa kata anda?
Cantik handbag carlo rino tu,rabia memang fanatik dengan handbag.kalau boleh semua handbag nak dibeli.hehe.
ReplyDeletecantik.. belum shopping raya lagi ni. hehe
ReplyDeletebaju Poney tu cantik..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^