Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Induce dan C-section

9:21 PM

Assalamualaikum. Lama sungguh tak bersiaran. Dah seminggu melahirkan anak yang kedua, baru kali ni berkesempatan nak jengah ke sini.

Dalam minggu lepas juga dok tengok timeline facebook orang asyik update pasal PRU14. Sobbbbs....kita tak sempat mengundi pon. Keluar wad hari mengundi tapi dah jam 5 lebih dah. Apa pon tarak. Tapi kat timeline memang panas hot meletop kebabom pasal PRU14 sampai taktau nak komen apa....hahahaha....

Oklah...lalut plak cerita pasal PRU14. Mohler baca kita punya pengalaman bersalin anak kedua ni.

Dari awal kehamilan memang dah jaga taknak bagi sangkut kencing manis, HB rendah atau darah tinggi. Punya pulun jaga sebab nak bersalin secara natural. Maksudnya sakit sendiri bila sampai masanya tapi alih-alih sangkut plak kencing manis dekat-dekat nak bersalin...huhuhu...mau tak mau kena juga bersalin di usia kandungan 38 minggu.

Masa 37 weeks tapi orang kata macam tak mengandung...hahaha

Scan segala bagai memang kompem boleh bersalin normal sebab kedudukan anak dan uri elok pada tempat dia. Jadi doktor bagi tarikh 4 Mei 2018 serah diri di Hospital Seberang Jaya.

4 Mei 2018 | Jumaat

Pagi-pagi tu hantar Aqil macam biasa ke sekolah sampaikan cikgu dia tegur kata bukan nak bersalin dah ke....hahaha...cikgu pon ingat. Saja la nak aktifkan diri kot-kot time tu turun tanda ke apakan.


Lepas sarapan terus ke dewan bersalin HSJ. Check,scan dan check bukaan. Pastu buat CTG. Petang baru masuk ke wad sebab wad penuh.

5 Mei 2018 | Sabtu

Pagi-pagi nurse dah kejutkan nak masuk ubat. Sebelum terlupa, saya kena induce untuk kelahiran kali ni. Masuk setengah dos. Baring sejam untuk ubat tu masuk elok. Lepas sejam buat CTG untuk check jantung bayi.

Pertama kali saya rasa sakit senggugut dalam ertikata lain sakit contraction tapi masih biasa-biasa. Almaklum la bersalin Aqil tak pernah rasa sakit nak bersalin. C-section kan.

Lepas 6 jam doktor check bukaan masih 0. Tambah lagi setengah dos. Baring sejam. Check CTG dan ambil feel rasa contraction tu lagi. Lepas 6 jam check bukaan masih 0. Alhamdulillah untuk malam tak dimasukkan ubat. Kalau tak jenuh menggelupur atas katil.

Maka berakhirlah tarikh 5 Mei 2018. Tarikh yang cantik kalau bersalin. Aqil dulu 10/10.

6 Mei 2018 | Ahad

Dalam tengahari baru masuk ubat lagi setengah dos. Rutin macam biasa. Kali ni tak rasa sakit lansung....hahahaha....siap tawaf 1 wad bersembang dengan orang tanya pengalaman. Bosan hoiiii.... yang dok rasa masa tu nak buang air besar tapi tak terkeluar pon. Bukaan masih 0. Doktor pakar kata bersedia esok nak operation. Ok...terima dengan redha.

7 Mei 2018 | Isnin

Pagi-pagi Subuh nurse panggil kata doktor nak check bukaan. Tup tup doktor nak masukkan ubat lagi 1. Eh....semalam bukan kata last ke? Lepas masuk ubat, baring sejam dan buat CTG.

Time ni la rasa nak membuang pon. Lepas setel membuang baru rasa sakit contraction tu datang. Memang tak boleh bayang dia punya sakit....uiiii....taktau nak cakap camna. Doktor check bukaan baru buka 1 cm. Hai la....

Ubat pon tak boleh masuk lagi sebab nanti overdose. Ada bekas czer kan...takut bekas czer tu koyak. Nasib juga memang start puasa dari pagi tu so terus mandi siap-siap pakai baju nak operate. Jam tu juga tolak masuk bilik bedah. Masa kat bilik bedah tu ada staff tanya kenapa muka saya pucat. Heiii...kita pucat bukan sebab takut tapi dok menahan sakit contraction kat bawah ni. Lepas cucuk ubat bius phewwww....lega. Hilang segala sakit tu...hihihi...

Tepat jam 3.13 petang keluarlah si comel dari perut ni. Masa nurse tunjuk jantina bayi...Allah...nak nangis rasa. Kita ingat baby boy sekali girl la. Terus senyum lega. Asben kita lagi la senyum meleret-leret bila dapat anak perempuan. Suka sungguh.

#sicomelpipimerah #itsagirl


Alhamdulillah dengan kurniaan yang Allah berikan pada kami. Rasanya lengkap sudah keluarga kecil kami ni.

Terima kasih kawan-kawan yang banyak berdoa dan bertanya khabar dari mula saya masuk wad hingga bersalin. Suspen ja....hahaha....

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. dapat juga merasa sakit nak bersalin walaupun kena induce.. apapun dia nak keluar ikut tingkap juga macam abang dia..

    okay laa kan, cukup dah sepasang.. seronok laa abang Aqil, dah dapat adik..

    ReplyDelete
  2. Czer di hospital seberang jaya ok x sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua ok. Czer di dewan bedah baru Kat atas tu.

      Delete
  3. alhamdulillah. sakit tak akak pakai czer? compare to normal mana lagi sakit?

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^