PRU14 kali ini

11:31 AM

Assalamualaikum

Sana sini orang dok bercerita tentang PRU-14 yang bakal berlansung pada 9 Mei 2018. Kita sebenarnya excited juga nak mengundi kali ni tapi mungkin keadaan masa tu tak mengizinkan.

Kenapa tak mengizinkan?

Alhamdulillah masa PRU-13 saya mengandung dan kali ni PRU-14 juga saya mengandung. Dulu di awal kehamilan tapi kali ni tunggu masa sahaja nak bersalin. Mungkin juga waktu hari kejadian tu saya dah pun bersalin.

Sekarang ni cuma tunggu apa keputusan doktor untuk kehamilan saya kali ini. Kalau 23 hb nanti doctor suruh bersalin awal makanya tak dapat la saya nak mengundi. Tak tahu kondisinya macam mana. Mungkin masa tu masih di hospital...siapa tahu kan?

Pada yang boleh mengundi, keluarlah untuk mengundi. Buat keputusan yang bijak demi negara Malaysia. Tak kisahlah mengundi pada hari Rabu pun janji tunaikan tanggungjawab kita.

Insyaallah kalau saya diberi kesempatan untuk mengundi kali ini saya akan keluar mengundi.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^