Pakej 2 hari 1 malam Super World Trail Power di Lost World of Tambun Ipoh

8:52 AM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah…perancangan nak bercuti dengan family kecil saya terlaksana juga baru-baru ni selepas tertangguh beberapa bulan. Bulan 11 tahun lepas kereta saya rosak. Makan masa juga nak baiki. Dekat sebulan juga lah dan kos keseluruhan untuk enjin kereta sahaja RM3000 +-…huhuhu… Cadangnya nak cuti-cuti masa bulan Disember tu pun terbantut. Duit banyak habis kat kereta sahaja. Bulan Februari pula roadtax insurans kereta pula nak diperbaharui. Lagipun dah janji dengan abang sulung nak ziarah rumah barunya di Pengerang Johor. Makanya makin tertangguh-tangguh la nak bercuti.

Aqil pula tak habis-habis dok berzikir kat telinga ni tanya ‘Mama…bila kita nak tidur bilik(baca hotel), mandi kolam…mandi laut pastu masuk bilik tengok tv…tidur?’

Selalu sangat dia dok tanya, kita pun bincang suami isteri nak bercuti jauh sikit tapi takdelah jauh sangat. Dah saratkan…kang tak memasal terbersalin kat negeri orang pula. Kalau ikut suami kita ajak ke Melaka. Uiiii….jangan nak memasal pergi jauh-jauh. Hari tu masa 6 bulan bercuti ke rumah abang di Pengerang Johor pun kita balik dah demam panas. Inikan dah masuk 8 bulan dah. Kang tak memasal saja nanti. Fikir punya fikir akhirnya pilih nak ke Lost World of Tambun Ipoh. Check online hotel tinggal bilik yang harganya uiiiii…satu malam boleh bayar duit kereta untuk sebulan. Dah tu tak termasuk tiket themepark….boleh hmmmm jela.

Godek punya godek kat FB segala jumpa satu page ni. Saja tanya-tanya kot-kot ada pakej yang murah. Di beri beberapa senarai pakej. Ok jap nak fikir nak pilih yang mana satu. Nak pilih pakej pun makan masa berhari-hari. Iyelah, beza harga pakejnya tak banyak mana tapi berbeza apa yang kita dapat. Akhirnya saya pilih pakej yang paling mahal iaitu RM169 seorang dewasa. Nak tahu apa yang saya dapat untuk RM169 tu?

Ha…ini dia senarainya.

Pakej 2 Hari 1 Malam Super World Trail Power
Pakej termasuk :-

* 1 malam bilik dekat Lost World of Tambun Hotel


Saya dapat bilik single bed, dah suruh housekeeping combine katil jadi king size. Siap extra bed lagi sebab Aqil punya bahagian dah bayar extra bed. Bilik pun bersih, kemas dan complete dengan semua kemudahan yang ada.

* 1 Sarapan pagi di Garden Terrace Lost World of Tambun Hotel
 
Antara hidangan yang ada
Sarapan pagi bersebelahan themepark. Macam-macam hidangan ada sampai tak larat nak makan.

* 1 Pack Makan Tengahari di Kukuntalu Hawkers

Masa tebus tiket masuk kita akan diberi baucer untuk makan tengahari di Kukuntalu Hawkers. Ada nasi ayam, mee goreng, tom yam dan nasi vangee termasuk sebotol mineral. Pilih yang mana berkenan. Kami pilih nasi ayam dan mee goreng.

* Ice Cream dan 1 Pack Makan Ikan


Redeem juga aiskrim sorang satu. Makanan ikan tu tak sempat nak redeem sebab makyong dah tak larat nak jalan ke kolam belakang…hihihihi… Masa awal-awal tu bahagian kolam ni tak buka lagi sebab hujan lebat malam sebelum tu. Petangnya dah tak mampu nak jalan ke sana.

* 4R Size Photo Souvenir
 
Salah satu gambar 4R yang kami redeem percuma
Kami dapat 3 keping gambar 4R photo souvenir. Asal nampak pekerja Lost World of Tambun yang pegang kamera terus panggil. Gambar percumakan kena la ambil. Rugi kalau tak guna.

* Tiket Masuk LWOT Waterpark, Amusement Park, Hippo Kingdom, Giraffe and Friends, Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley and Lupe's Adventure


Semua tempat kami masuk tapi saya je tak dapat nak main semua permainan sebab tengah sarat…uhuk…takpelah…janji anak happy…itu yang penting.


Dulu pernah masuk LWOT tapi belum ada Giraffe and Friends. Tak sangka dah ada zirafah, burung unta, kuda belang dan unta kat sini.


Petting Zoo pun dah makin besar. Macam-macam haiwan ada kat sana. Bolehlah anak tengok binatang secara live. Asyik tengok kat youtube kids dan tv je kan….hahahaha…
Sempat juga tengok pertunjukkan haiwan comel di Tiger Valley.

* Tiket Masuk Hotspring and Spa By night and Luminous Forest

Malamnya kami berendam di Hotspring and Spa by night. Seronok sangat berendam air suam-suam di waktu malam.


Sempat juga tengok persembahan api dari Flaming Precussion. Memang mantoplah.

Ha…amacam…mengancam tak pakej yang saya ambil ni? Bila tengok balik harga tiket masuk themepark untuk waterpark dan hotspring pun dah cecah RM100++.


Alhamdulillah…suami puashati dengan pakej yang saya ambil ni, anak pun happy. Siap nak pi lagi ke sana…hihihi…

Kalau korang berminat nak dapatkan pakej Lost World of Tambun ni boleh ke facebook Flywind Holidays.

*harga tak termasuk GST dan service caj
*harga kanak-kanak berbeza dengan harga dewasa

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Dulu saya pun rajin jugak berzikir kat telinga parents suruh bawak pegi holiday haha tapi jarang betul permohonan dilayan heheh ^^ Nice holiday btw! :D
    .
    Hana follow sini ya... ^^

    ReplyDelete
  2. ok sgt hrga tu kak.. sbb nak beli tiket saja pun mhl. ni siap tido hotel lg.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers