Buffet Ramadan 2018 | Mutiarasa Buffet Ramadan di The Light Hotel Penang

2:29 PM

Assalamualaikum dan hai pada pembaca sekalian.

Bulan Ramadan bakal menjelma. Banyak hotel serta restoran di seluruh negara menyediakan bufet di sepanjang Ramadan ini.

Tahun ini sekali lagi The Light Hotel Penang menyediakan buffet Ramadan dengan temanya Mutiarasa Bufet Ramadan bercitarasakan masakan tempatan khususnya masakan dari Pulau Pinang. Bagi penggemar masakan ala Penang boleh cuba rasai Mutiarasa Bufet Ramadan di The Light Hotel Penang.

Menu utama yang diketengahkan oleh The Light Hotel Penang ialah gulai udang, kari kepala ikan, ayam bawang dan gulai ketam. Semuanya bercitarasakan masakan tempatan Pulau Pinang.





Tidak dilupakan hero pada buffet Ramadan kali ini iaitu kambing golek.

kredit to www.murnialysa.com

Selain dari selera tempatan, terdapat juga menu lain seperti gulai ikan tempoyak, telur lemak cili padi belimbing buluh, gulai ayam nangka pucuk ubi, gulai tetel pisang dan banyak lagi.

Terdapat juga makanan lain seperti pizza, char koey tiaw dan murtabak. Tidak dilupakan kuih-muih tradisional Melayu dan juga pencuci mulut yang lazat.



Bufet Ramadan Mutiarasa
Bermula dari 18 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018
Jam 7 petang hingga 10 malam
Tempat di Spice Brasserie, The Light Hotel Penang

Harga
Dewasa RM110
Kanak-kanak dan warga emas RM90

Promosi baucer awal sehingga 30 April 2018
RM88


Kali ini pihak The Light Hotel Penang memperkenalkan Juadah Qash'ah iaitu makan dalam dulang untuk 4 orang.

kredit to www.murnialysa.com

kredit to www.murnialysa.com

Juadah Qash'ah ialah makan secara berjemaah beramai-ramai dalam dulang(talam) yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan taulan serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Juadah Qash'ah
Bermula dari 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
Jam 7 petang
Harga RM250 untuk 4 orang makan(setalam)



The Light Hotel Sdn Bhd
Lebuh Tenggiri 2
Bandar Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya Penang

Tel : 04-3821111




You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^