Buffet Ramadan 2018 | Warna-Warni Ala Kampung di Eastin Hotel Penang

4:47 PM



Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Eastin Hotel Penang akan mengadakan promosi yang hebat untuk buffet Ramadan. Dengan bertemakan 'Warna Warni Ala Kampung', Eastin Hotel Penang menawarkan hidangan ala tradisional cara kampong yang enak.

Hidangan utama untuk masakan kampong di buffet Ramadan Eastin Hotel Penang ialah udang masak tempoyak, ketam masak cili ala Temasik, daging kuzi, kam heong kupang, ekor lembu masak ros, kambing panggang dengan sos capsicum berkrim dan banyak lagi. Tengok saja menu yang terhidang semua membangkitkan selera.










Tidak sah buffet Ramadan tanpa kambing golek. Kambing panggang BBQ di Eastin Hotel Penang disajikan dengan pelbagai jenis sos yang mampu membangkitkan selera anda.


Tidak dilupakan shawarma ayam, sup tulang rusuk kambing berempah, seafood tomyam, Penang char koay teow, sup gear box Utara dan banyak lagi.




Aneka kerabu turut disediakan seperti kerabu mangga, kerabu kaki ayam, kerabu sotong, kerabu udang dan banyak lagi.


Bagi melengkapi buffet Ramadan di Eastin Hotel Penang, aneka pencuci mulut turut tersedia. Ada buah-buahan tempatan, aneka kuih-muih Melayu tradisional, aneka kek, sagu gula Melaka, kek nangka manis dan banyak lagi.



Semua sajian ini boleh dinikmati di :-

Swez Brasserie
Eastin Hotel Penang
1 Solok Bayan Indah
Queensbay
11900 Bayan Lepas Penang


Harga bagi buffet Ramadan di Eastin Hotel Penang bermula dari :-
Dewasa-RM120
Warga emas-RM69
Kanak-kanak(6 hingga 11 tahun)-50% diskaun dari harga biasa
Baucer awal turut dijual dengan harga RM100

Buffet Ramadan 'Warna Warni Ala Kampung' ini akan berlansung bermula dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018 dari jam 7 petang hingga 10.30 malam.

Untuk tempahan boleh hubungi :-
Swez Brasserie- 04-6121111


You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^