JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016
12:55 PM
JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016
Sewaktu berlansungnya MAHA
2016 di Serdang telah diadakan pertandingan
akhir CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 pada 9hb December 2016.
Pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan
Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Pemenang
dari setiap bahagian akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000
dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.
Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) ini diadakan untuk memberikan
penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai
populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari
hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali
makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam
salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.
Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan
diadili oleh Chef Celebriti iaitu Chef
Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd
Hadzrin Mohd Din, Blogger Makanan terkenal dan Pengasas Projek Blogger
Utara, Nor Ariffin Hamzah serta
Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita
Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria
seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.
Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah
Knorr 2016 terdiri daripada:
![]() |
Raie Mahidin (Juara Zon Sentral) Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan |
![]() |
Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan) Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana |
![]() |
Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur) Tema: Warisan Kampung Knorr |
![]() |
Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara) Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia |
Juara Cabaran Raja
Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh
Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara yang bertemakan Hidangan Port
Luck Knorr 1Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari
Selangor.
Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.
Terima kasih pada juri-juri dan
semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran Raja Kuar Knorr
2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama
peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan
kicap.
Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini.
Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan
untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.
8 apa kata anda?
Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
ReplyDeletehttp://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html
bilalah kita nak jd juri zai
ReplyDeletebos kita dh 2 kali jd juri ni
xadil kan hahahahaha
glam ler kumbang kita yg sekoq tu kan..heee
ReplyDeleteMacam sedap jeeee hehe
ReplyDeleteMesti lah sedap kan Kak Zai, hebat hebat semua! Hehe
ReplyDeleteWah... menarik. Hadiah umrah tu pun menarik....
ReplyDeletebestnya kalau dapat try masakan peserta tu..kalau dapat makan lagi laa bestttt
ReplyDeletetahniah pemenang dan semua...
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^