JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016

12:55 PM


JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016


Sewaktu berlansungnya MAHA 2016 di Serdang telah diadakan pertandingan akhir CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 pada 9hb December 2016.



Pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Pemenang dari setiap bahagian akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.
Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.
Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh Chef Celebriti iaitu Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Blogger Makanan terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

 Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdiri daripada:
Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)
Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan



Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)
Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana

 
Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
Tema: Warisan Kampung Knorr
Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia

Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor.

Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.

 

Terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran Raja Kuar Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.
 
Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete
  2. bilalah kita nak jd juri zai
    bos kita dh 2 kali jd juri ni
    xadil kan hahahahaha

    ReplyDelete
  3. glam ler kumbang kita yg sekoq tu kan..heee

    ReplyDelete
  4. Mesti lah sedap kan Kak Zai, hebat hebat semua! Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah... menarik. Hadiah umrah tu pun menarik....

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat try masakan peserta tu..kalau dapat makan lagi laa bestttt

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^