Tempat Makan Best di Penang | Cendol dan Pulut Mangga Sedap di CendolDotCom
3:34 PM
Tempat Makan Best di Penang | Cendol dan Pulut Mangga Sedap di CendolDotCom
Hai semua. Kita ni kadang-kadang masa lunch time kerja sampai
taktau nak makan apa. Betul tak? Sapa penah jadi macam saya. Nak makan nasi
asyik hari-hari makan nasi. Jemu aih. Kadang tu time lunch sanggup tak turun
kantin. Asyik-asyik lauk yang sama ja. Sanggup lagi ambil air milo kat pantry
cicah dengan biskut kering lagi sedap.
Kadang tu bila keluar makan kat luar pon jenuh memikir kat
mana nak makan. Nasi gulai sembilang, nasi pecal, yong tau foo Gaint, mekdi,
kepci, pizza…haihhhh…jemu aih. Sekali-sekala nak lari dari kebiasaan makan
macam tu. Fikir punya fikir jom terjah CendolDotCom pekena cendol sambil lepak
santai-santai tepi jalan tengok kenderaan lalu-lalang.
CendolDotCom sejenis perniagaan food truck yang membuka
gerainya di tepi jalan bawah pokok berhadapan dengan Pearl Garden Condo Sungai
Ara. Satgi dok cari pula kedai CendolDotCom kat mana. Terdapat hampir 40 aneka
cendol dan ABC. Pilih saja nak yang mana antaranya :-
- Cendol/ABC pulut
- Cendol/ABC tapai
- Cendol/ABC oreo
- Cendol/ABC milo
- Cendol/ABC aiskrim
- Cendol/ABC durian
- Cendol/ABC JUVANA
- Cendol/ABC KUNG FUU
- Cendol/ABC GENGSTER
- Cendol/ABC MAFIA
- Dan banyak lagi
Ok...ini yang kami order hari tu.
![]() |
cendol pulut |
![]() |
cendol durian |
Bukan setakat cendol dan ABC saja yang terdapat di
CendolDotCom, korang juga boleh makan pulut mangga/durian kat situ. Mabeles
tak?
![]() |
pulut mangga |
Terdapat juga food truck yang lain menyediakan western food,
laksa dan nasi lemak di situ. Boleh makan sambil bersantai-santai di bawah
pokok besar lari dari kebiasaan.
Kalau korang takda masa nak keluar, CendolDotCom juga
menyediakan khidmat penghantaran di sekitar Bayan Lepas, Sungai Ara dan Bayan
Baru sahaja. Boleh call/whatsapp ke 012 4701197 untuk pertanyaan. Minimum order
3 cup dan delivery charge RM3 dan 8 cup ke atas free delivery.
Di buka setiap hari kecuali hari ISNIN dari jam 1130 pagi
hingga 6.30 petang. Boleh WAZE Pearl Garden Condo untuk mengetahui lokasi
CendolDotCom.
#supportlocal
#streetfoodlover
3 apa kata anda?
Pergh!! Mengancam sungguh menunya..
ReplyDeletealahhh nak p jugak lah nti tercari2 jugak lah pot cendol best kt sini
ReplyDeletefuhh menarik..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^