Tempat Makan Best Di Penang | Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay
4:35 PMTempat Makan Best Di Penang | Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay
Kalau korang datang ke Penang(pulau dan bukan area tanah
besar) dan nak makan seafood yang fresh dan sedap bolehlah ke Medan Selera Kg.
Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar dan Sham Hammer Ikan Bakar Special
Hammer Bay. Di sini terkenal dengan kesedapan masakannya di samping harga yang
berpatutan.
Medan Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar
Suami bila dia dah jumpa kedai makan best dan sedap di
Penang yang kena dengan tekak mulalah asyik berulang ke kedai yang sama. Masuk
ni sudah kali ketiga kami singgah makan di kedai yang sama iaitu di Medan
Selera Kg. Teluk Tempoyak-Adnan b. Hassan Ikan Bakar di SINI. Eh…jangan
pula yang terfikir medan selera ni ala-ala hipsturrr pulak. Kat sini
medan seleranya ala-ala kampong di tepi pantai. Sambil makan bolehlah hirup
udara malam di sapa angin yang sepoi-sepoi Bahasa.
Konsep kat sini adalah LAYAN DIRI dari segi order makanan
dan minuman yang kita nak makan. Sesampai saja di sana cari meja yang kita nak
duduk makan. Seorang atau dua bolehlah ke bahagian kaunter untuk pilih ikan dan
makanan laut yang lain untuk di masak. Jangan pula duduk menunggu di meja makan, alamatnya makan angin laut jela nanti...hihihi... Meja di sini sentiasa penuh dan waktu
puncaknya di antara jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.
Jom kita lihat apa yang suami saya order bila saya terpaksa
booking meja bersama anak.
![]() |
ketam |
![]() |
lala |
![]() |
sayur kailan |
![]() |
tomyam seafood |
![]() |
sotong goreng tepung |
![]() |
siakap bakar |
Saya dah pesan suruh order 3 jenis makanan saja sebab ikan bakarnya
agak besar tapi bila makanan sampai, nahaiiiiii….jenuh makan. Orang meja sebelah tengok kami macam tak percaya ja nak makan banyak tu. Termonyeh-monyeh
nak perabis semua makanan yang ada atas meja. Nasiblah bawa hero yang memang
suka makan taklah saya dan suami terpaksa habiskan semua makanan. Alhamdulillah habis juga.
Kalau taknak tunggu lama bolehlah call 019-413
2572 dan BOOKING dahulu sebelum datang. Takdelah adegan terpaksa menunggu lama
kerana di sini pelanggan sentiasa penuh.
Sham Hammer Ikan Bakar Special Hammer Bay
Semalam selepas balik dari Pesta Pulau Pinang suami singgah
di Sham Hammer Ikan Bakar Special, Hammer Bay yang terletak berhampiran dengan
Queensbay Mall. Ini kali pertama kami singgah makan di sini. Masa kami sampai
jam dah dekat pukul 10 malam jadi pengunjung tidaklah terlalu ramai. Berkonsep
open air menghadap ke laut Pulau Jerejak dan kedua-dua Jambatan Pulau Pinang
restoran ini sering dikunjungi pelanggan.
Jom kita lihat apa kami makan semalam.
![]() |
ikan pari bakar |
![]() |
sotong telur masin |
![]() |
kepah sour plum |
Paling saya suka sotong telur masin tu. Sedap sangat. Air asamnya juga sedap. Harga cuma RM37 termasuk 4 pinggan nasi dan dua gelas teh ais
serta teh O panas. Murahkan?
Jadi kalau korang rasa nak singgah makan seafood dan nak booking dahulu boleh hubungi 013-5882718. Boleh juga lihat
Instagram : http://instagram.com/shamhammerikanbakar_seagate
Selamat menjamu selera J
7 apa kata anda?
hamboi makan besor sokmo..order tak ingat dunia nak menghabiskan siksa hahaha
ReplyDeletelama gila x pi teluk tempoyak
ReplyDeleteadohaiii perut ku keroncong tgk lauk pauk ni haiii
nk kena ajok en. shumi banjer mkn sini
kenpa la time lapar ni tersinggah sini :( .. sedapnya !!!!
ReplyDeleteZaf suka sotong goreng tepun macam kat Teluk tempoyak tu.. kebanyyakkan yang jumpa, cucoq sotong.. tak best !
ReplyDeleteTomyam seafood Teluk Tempoyak nampak macam power.. kena p niii
ReplyDeleteSotong telur masin ? first time dengaq.. kena try jugak.. haha
ReplyDeleteOkok..nnti kami pi try na..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^