Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum | Tarikan Terbaru di Pulau Pinang
4:02 PM
Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum | Tarikan Terbaru di Pulau Pinang
3D Glow In The Dark Museum pertama di Malaysia
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melawat satu lagi
tarikan terbaru di Pulau Pinang iaitu salah satu modern art museum yang pertama merupakan 3D Glow In The Dark Museum di
Malaysia. Terletak di tengah bandar Georgetown, Dark Mansion-3D Glow In The
Dark Museum sangat mudah di cari. Ia terletak di kiri bahu Jalan Kimberly
Georgetown.
Kebelakangan ini, Georgetown terkenal sebagai hab serantau
untuk seni dan kreativiti kerana kemunculan muzium seni moden pelbagai tema
namun Dark Mansion telah memberi satu kelainan dalam seni moden paling bergaya
kerana menggabungkan sains dan teknologi kepada seni dan telah menjadi salah
satu tarikan utama yang baru dan lokasi mesti dilawati di Pulau Pinang.
Di Dark Mansion anda boleh melihat satu langkah ke hadapan
dari teknik seni lukisan 3D yang mengubah lukisan 2-dimensi ke dalam imej 3
dimensi, Dark Mansion menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan
untuk menjadikan ia satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan
cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang-malam. Pengunjung boleh
menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama
dengan dua mood yang berbeza.
Dark Mansion menpunyai 2 tingkat. Bila masuk ke dalam Dark
Mansion ini ia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On
Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and
Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Jom kita
terjah serba sedikit apa yang menarik dalam Dark Mansion-3D Glow in the Dark
Museum.
My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood
Di bahagian My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood anda boleh
bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an
dan 90-an. Ada bermacam-macam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super
Mario Bros, Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie
Doll dan banyak lagi . Hasil lukisan 3D di Dark Mansion pon sangat menarik dan cantik.
![]() |
Tamagotchi |
![]() |
Jigsaw Puzzle |
![]() |
Super Mario Bros |
Terdapat juga hasil dari Paper Doll yang unik.
Mysterious Tropical Pandora
Dibahagian Mysterious Tropical Pandora pula kita di bawa meneroka
hutan tropika yang penuh misteri dengan kesan cahaya di dalam gelap. Kita boleh
menyaksikan metamorfosis tumbuhan menjadi makhluk hidup yang istimewa dalam beberapa
saat.
![]() |
di dalam hutan dengan lampu biasa |
![]() |
di dalam hutan dengan kesan khas cahaya |
Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting
Di Dark Mansion, bahagian ini adalah yang sangat-sangat
menarik. Di sini merupakan lukisan kaki lima Anamorphic yang terbesar di dunia yang
bercahaya di dalam gelap lukisan dengan kesan khas peralihan siang dan malam oleh
Edgar Müller. Memang teruja bila dapat melihat serta bergambar dengan lukisan
yang amat menarik ini.
Korang boleh bergambar di lukisan ini dengan pelbagai gaya. Ia pasti mengujakan.
The Infinity Room
Di The Infinity Room anda boleh berjalan di atas jambatan
bercahaya yang tidak berkesudahan dan menikmati suasana yang menakjubkan di
mana langit itu ditutup dengan makhluk yang berkilauan.
Stars and Moonlight
Stargaze di bulan! Dibahagian Stars and Moolight anda boleh
menikmati keindahan malam berbintang dan boleh bertemu dengan zodiac anda di
sana.
![]() |
jadilah salah satu pasangan romantic yang sampai di bulan |
Bagi saya, Dark Dark Mansion-3D Glow In The Dark Museum
merupakan muzium seni yang lain dari yang lain.
Rugi kalau korang tak
menjejakkan kaki di sana. Korang kena habiskan banyak masa secara santai sambil
bergambar dengan sepuas-puasnya. Jangan gopoh-gopoh bergambar ok. Ambillah sebanyak mana masa yang korang suka di dalam Dark Mansion dan pastinya ia tidak mengecewakan.
Info lanjut boleh ke :-
Facebook : Dark Mansion
Website : www.darkmansionpenang.com
Atau terus ke :-
Dark Mansion
Kimberly Street Georgetown
Penang
04-2519694
Dibuka dari 10 pagi hingga 6.30 petang.
Harga tiket seperti di bawah.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Dark Mansion kerana menjemput team #projekbloggerutara merasai kehebatan hasil seni 3D yang paling canggih di Pulau Pinang ketika ini.
5 apa kata anda?
makan laksa macam masuk bebetul dalam mulut.. heee
ReplyDeleteBest takk Kak Zai?
ReplyDeletebest sgt...bbaloi dgn hrga.if ada kamera best lg berbaloi ambik kt dark area tu
DeleteHebat!nnti bole singgah..
ReplyDeletesuka dengan pengolahan ayat akak👍🏻 tq kak
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^