Ajar Anak Menabung
4:38 AMAjar Anak Menabung
Sebelum-sebelum ni kami memang akan simpan duit syiling lebihan gunaan duit harian di dalam satu bekas. Kadang kala Aqil terjumpa duit syiling atas lantai dan dia sendiri akan masukkan dalam bekas syiling tu. Mungkin dari permerhatian dia setiap hari. Aqil sendiri akan tunjukkan syiling tu sambil cakap "mama...ini doposen". Sepuluh sen pon doposen, lima puluh sen pon doposen...hihihi...
Masa hari lahir yang lepas, Aqil dapat hadiah tabung beruang comel. Saya pesan kalau jumpa duit masukkan dalam tabung. Pastu pesan lagi nanti kalau abah balik minta doposen...ahak...
Sejak dari hari Isnin lepas bila abah balik ja dari kerja terus laju-laju dia ambil tabung beruang bawa kat abah dia sambil cakap "abah...nak doposen". Mula-mula rasa macam biasa ja tapi bila hari-hari dok minta doposen kat abah dia terus teringat cerita Seniman Bujang Lapuk adik si Zaiton tu. Dah macam sama dah dok doposen doposen.
Naseb la dengan mama dia tak minta sebab dah pesan awal-awal minta doposen dengan abah ja. Apa-apa pon ini mungkin permulaan kami untuk mengajar Aqil menabung dari kecil sejak dia dah kenal duit syiling adalah duit.
4 apa kata anda?
wah kumpul byk2 tau nanti nak blajor takyah pinjam ptptn dah..ngn mama mintak 2hengget, mama byk duit tuuuu
ReplyDeletehahahaha nak doposen nak doposen
ReplyDeletenti jumpa pakcik mokcik kakak2 abang2 pbu mtk doposen..cepat skit kaya tu haha
hahaha.. Aqil pau abah.. sebaik doposen ja...
ReplyDeleteComel ja gmbaq hat 1st tu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^