Laser OPS Malaysia | Indoor Laser Tag Arena

4:12 PM

Laser OPS Malaysia | Indoor Laser Tag Arena



Nak lakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan serta dapat menghilangkan stress anda tapi taknak berpanas berhujan?
 
PEW! PEW! PEW! LASER TAG!!
 
Jom turun ke medan peperangan di Laser OPS Malaysia, Indoor Laser Tag Arena di 1st Avenue Mall, Penang.
 


APA ITU LASER TAG?
 
Indoor Laser Tag adalah satu permainan interaktif dalam arena tertutup di mana pemain cuba untuk mendapat mata dengan meletakkan tanda nama sasaran dan lawan dengan pistol fasor(phasor gun).
 
Laser OPS Penang menawarkan tempat berkeluasan 6,000 sf dengan 4,500 sf laser interaktif tag arena dan boleh memuatkan 28 pemain bermain secara serentak. Jika anda dating kurang dari 28 orang dalam kumpulan anda pihak Laser OPS akan menggabungkan pemain ke perlawanan besar dan jika mempunyai lebih daripada 28 orang, pihak Laser OPS juga mempunyai sistem penggiliran untuk memastikan semua orang dapat menikmati misi.
 

 
Vest dan fasor dilengkapi dengan paparan baru penuh warna OLED di belakang fasor, new brilliant LED light patterns dan terdapat 5 penggetar standard(tempat sasaran untuk menembak-kiri kanan bahu, belakang, depan dan di pistol fasor, super bright white hit indicators , bunyi MP3 berkualiti tinggi, komunikasi radio lebih cepat, laser hijau dan merah dan banyak lagi. Masa mula pakai vest dan fasor, mak aih….punya la berat. Habis main pun bahu masih rasa macam dok pakai vest dan fasor lagi.
 

 
Arena ini dibahagikan kepada dua zon pasukan iaitu pasukan hijau dan pasukan merah. Ia yang direka khas dengan LED menerangi Arena dan LED Wall Medallions.
Arena maze ini direka khas dengan lampu, kesan cahaya dan asap serta dilengkapi dengan sound effect untuk mewujudkan suasana yang mendebarkan. Penat gila berlari sana-sini menyorok dan seri serang hendap team #PBU. Target…mesti MENANG.
 
Sebelum setiap misi laser tag, Laser OPS marshal akan memberi taklimat tentang objektif misi, peraturan permainan dan prosedur keselamatan, penggunaan peralatan dan yang paling penting bagaimana untuk menembak fasor!
 
 


Kesemua peraturan adalah demi keselamatan dan mesti ingat 3 kat bawah ni.
 
NO RUNNING
 NO CLIMBING
 NO PHYSICAL CONTACT
 
Rasa tak puas sangat main laser tag. Tup tup…siren berbunyi menandakan permainan dah tamat tapi pecah peluh gak la…hahaha…orang jarang bersenam memang macam ni. Sikit-sikit dah penat tapi seronok sangat-sangat. Keluar ja dari arena tengok keputusan kat skrin saya dapat nombor 3 dengan mata 6220. Gambar mata gegar-gegar la pulak tapi setiap prestasi dan mata kita pihak Laser OPS dan hantar melalui email yang kita daftar sebelum masuk.

 

Ini senarai harga untuk permainan Laser Tag.


Permainan Laser Tag ini sesuai untuk pelbagai majlis. Kalau nak main seronok-seronok boleh untuk team building atau apa-apa event lain pon boleh. Pihak Laser Ops boleh aturkan.

 
Rugi kalau korang tak cuba. Kami dah cuba.


 
Berminat?
 
Boleh layari :-
 
 
 
 
Atau datang sendiri ke :-
 
LaserOPS
First Avenue Mall 3-13
182 Jalan Magazine
10300 GeorgeTown
Pulau Pinang, Malaysia
Tel: 04-2519092
 
Email: tagme@laserops.com.my

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^