Tempat Riadah di Sekitar Seberang Perai | Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP

12:30 PM

Tempat Riadah di Sekitar Seberang Perai | Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP




Sejak Aqil dah pandai cakap ni, kemana saja tempat yang kami pernah sampai dan dia berasa seronok memang dia akan ulang sebut benda tu ja. Lepas mandi-manda di Taman Rimba Teluk Bahang dan mandi kolam di Langkawi hari-hari dok berzikir kat telinga mama abah "Nanti kita mandi olam lagi tau" tak pon "mama...nak mandi olam". Kalau la kita dah pindah ke rumah taman kita tu mama dah beli dah kolam plastik tu isi air bagi Aqil mandi tapi masalahnya kita masih lagi duduk rumah ''burung merpati'' ni.


Dah berapa kali dah tanya dengan acik eyda kita pasal kolam renang MPSP kat Bukit Mertajam tu tapi sampai ke sudah tak sampai-sampai pon dan akhirnya minggu lepas mama sorang-sorang bawa Aqil Najmi mandi-manda kat Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Jalan Betek Bukit Mertajam.


Pssstttt....sebenarnya mama baru ja tau kata ada kolam renang lain kat belah Seberang Perai ni selain Kolam Renang Awam Seberang Jaya tu. Nampak sangat tak ambil tahu perkembangan semasa kat situ. Buat malu ja. Kata orang Penang...pfffttttt....


Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Jalan Betik Bukit Mertajam ni ada dua. Satu kolam renang untuk yang berlatih berenang dan satu lagi kolam riadah untuk keluarga. Jangan salah pintu masuk kolam plak ye.


Bayaran masuk untuk mandi-manda untuk semua peringkat umur di kolam rekreasi ni cuma RM1 untuk sehari. Boleh guna sampai petang ok jadi simpan la resit tu nanti.


Di buka setiap hari kecuali hari Jumaat dari :-
9 pagi hingga 1 tengahari
4 petang hingga 7 petang


Di kawasan kolam rekreasi MPSP ni ada 3 kolam.

Kolam yang mula-mula sekali jumpa di hadapan pintu masuk sesuai untuk anak-anak yang baru berjalan atau sewaktu dengannya. Kolamnya cetek dan sesuai untuk anak seusia itu bermain.




Kolam yang tengah pula sesuai untuk usia 2 tahun dan ke atas. Ibu bapa kena juga awasi anak-anak bermain takut-takut anak masih tidak pandai imbang badan di dalam air. Masa saya teman Aqil main pon air cecah hampir ke lutut.


Kolam ke tiga yang luas berada di hujung sekali sesuai untuk anak-anak yang sudah pandai berenang. Ibu bapa pon boleh join mandi sekali kerana kolam ini agak dalam.



Aqil masa mula-mula sampai agak malu-malu nak mandi tapi bila dah lama-lama sampai tak mau balik. Tengok la gaya dia mandi di kolam nombor dua. Perggghhhh...gaya macam dah pandai berenang.




orang berenang dia pon nak berenang

Hari Sabtu tu ramai budak-budak yang mandi di kolam nombor tiga jadi apalagi kolam nombor dua Aqil yang punya.





Bagi ibu bapa yang datang bawa anak-anak ke sini bolehlah bawa bekalan makanan untuk berkelah sekali kerana terdapat banyak kemudahan kerusi dan meja yang disediakan di sini dan juga bilik mandi untuk salin pakaian. Memang sesuai untuk riadah hujung minggu bersama keluarga.




Jadi tak perlu pergi jauh-jauh untuk bawa keluarga.





You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. hahaha.. pun tak tau jugak.. sebaik Kak Zai dah sampai.. baru la tau...

    ReplyDelete
  2. nanti nak ajak abg p cni laa..nampak menarik lgpon bayaran murah jerr

    ReplyDelete
  3. Sini boleh pakai tshirt ke mandi atau pakai baju renang sja

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^