Hari Raya Aidiladha Punya Cerita

9:35 AM

Hari Raya Aidiladha Punya Cerita



Cerita Hari Raya Aidiladha? Hahaha...harap tak terlambat nak cerita kat blog.

Raya korban ni cuti cuma sehari tak termasuk Sabtu Ahad jadinya takda cerita menarik sangat.
Ahad tu dah bertungkus lumus menyediakan juadah hari raya ketupat dan juga sambal daging.


Pagi raya selepas sembahyang raya Aidiladha terus ke rumah Mak Ndak. Tahun ni tahun ke-5 saya menjalankan ibadah korban. Opsss...kita pakai baju raya yang lepas ja...hihihi...



Tunggu punya tunggu rupanya tukang sembelih lembu pergi ke masjid dulu atas permintaan. Sementara tu kita pekena juadah yang disediakan oleh keluarga Mak Ndak.

Tahun ni 2 ekor lembu bakal di sembelih di rumah Mak Ndak. Seekor untuk ibadah korban dan seekor lagi untuk aqiqah. Kenapa tak sembelih di masjid?
Keluarga Mak Ndak saya jenis suka gotong-royong. Lagipon mereka agak cekap dalam hal-hal pemprosesan melapah daging lembu. Cepat ja mereka buat keja dari kalangan sepupu sepapat dan anak-anak sedara sepupu.



Aqil paling teruja dapat tengok lembu secara dekat. Tak takut plak tu tengok lembu kena sembelih tapi sampai sekarang dok cakap ''Mama...lembu berdarah...kesian lembu...darah banyak".

Tengahari kami dapat 2 bahagian korban saya dan adik. Inilah kali pertama saya buat proses pembahagian daging korban untuk disedekahkan kepada jiran sekampung sebab abang-abang saya semua balik ke rumah mertua. Abah Aqil plak kena masuk keja pagi. Saya dan adik la dok proses semua ni.

Dah siap pembahagian mohler hantar ke rumah jiran-jiran. Yang selebihnya kita simpan untuk makan.



Tahun ni sepupu sebelah rumah tok Besah menjalani ibadah korban bersama 7 orang adik-beradiknya yang lain. 1/3 daripada daging tu di masak untuk kenduri doa selamat. Senang hati kita dapat makan nasi jugak di hari raya. Takkan asik nak ngadap ketupat je kan.



Meriah....bermacam juadah ada. Dari nasi...bihun sup...roti jala...agar-agar...kek segala. Jenuh makan. Sedara-mara pon ramai yang datang kenduri yang bermula selepas Asar.



Beberapa hari kemudian saya plak buat bihun sup kat rumah tok Besah. Guna gear box dan tulang-tulang daging korban bahagian saya dan adik di tambah daging korban yang orang sedekahkan kat tok Besah yang banyak.



Malamnya sesi membakar satay hasil daging korban yang orang sedekah. Takmau simpan lama-lama. Jemu dah hari-hari makan daging. Alhamdulillah menjadi jugak satay homemade.



Satay agak liat sikit sebab terlebih bakar...ahahaha tapi best la plak wat makan-makan macam ni. Next time boleh buat lagi.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. wow meriah betul sup tulang tu debom

    ReplyDelete
  2. tengok tangan aqil masa makan tu, teringat tangan abam fayyadh
    he3
    sepaten gitew
    he3

    ReplyDelete
  3. Adoiii laaa .... Tiba-tiba lapaq ... Sedap nyer sup tu ...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^