Thomas and Friends | Thomas Town-Mini and Mighty Malaysia Tour kini di Gurney Paragon Pulau Pinang

11:58 AM

Thomas and Friends | Thomas Town-Mini and Mighty Malaysia Tour kini di Gurney Paragon Pulau Pinang



Thomas & Friends™ Meneruskan Pengembaraannya ke Pulau Pinang Untuk Meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia


Choo...choo...choo...choo...

Untuk para ibu bapa dan anak-anak sekalian, Puteri Harbour dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall membawakan Thomas and friends yang mengembara seluruh Malaysia singgah di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang bermula 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016.


Majlis perasmian Thomas Town-Mini and Mighty Tour ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Mr Lim Guan Eng beserta barisan tetamu kehormat yang lain.



Dengan berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada  pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang.


Ia menyediakan aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride,  Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak Thomas & Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor!


Yang menariknya, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter! Menerusi  pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.


Thomas and friends merupakan kartun kegemaran Aqil. Bila ternampak kelibat 70 train mini yang banyak di Gurney Paragon Mall membuatkan dia bertambah teruja. Seronok ke sana ke sini memegang dan bergambar bersama karektor kartun kegemarannya.


Disamping 70 karektor train mini yang terdapat di Gurney Paragon Mall, ibu bapa juga boleh membeli permainan Thomas and friends yang terdapat di situ.


Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM 99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini & Mighty’ Tour.
www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

Gurney Paragon Mall Special Tour Promotions




Sepanjang 2 minggu berlansungnya showcase Thomas Town-Mini and Mighty Tour ini, para pembeli Gurney Paragon Mall yang membelanjakan RM200 dan ke atas dengan maksimum 2 resit di mana-mana outlet di pusat membeli belah ini atau di Thomas Town, Puteri Harbour booth tiket atau di bahagian barangan Thomas and friends boleh menebus sepasang pas kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk menikmati perjalanan keretapi di showcase ini.



Bagi pembeli yang ingin memenangi Playwhell Thomas and Friends Minis kolektor, baucer membeli-belah Gurney Paragon Mall atau All Park Pass di Puteri Harbour, bolehlah layari facebook Gurney Paragon Mall dan sertai pertandingan foto menarik yang di ambil bersama Thomas and Friends Minis beserta caption yang kreatif. Di samping itu, 10 orang yang pertama mendaftar untuk Gurney Paragon Card setiap hari layak menerima Thomas Town tiket bernilai RM85.

Cepat...cepat...semua ini berlansung hanya dari 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016 sahaja.

Jangan lepaskan peluang anda.





You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Mak2 yang excited..anak relax ja hahaha tapi best sgt..at least anak2 ada something to have fun kan hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh best dapat pergi dekat sini

    ReplyDelete
  3. bestnya.. bila la sampai kluang ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt Mini Mighty tour ni akan ke Puteri Harbour, Johor bulan december nanti, bolehla bawak anak2 pergi tgk, masuk percuma

      Delete
  4. tu diaaaaaa haaaaihhhh aqil
    mengcangak kepala dok ushar toys he3

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^