Haruman Berkekalan Sepanjang Hari Dengan DASHING Deo + Perfume Body Spray

3:57 PM

Assalamualaikum…

Terbaharu dari DASHING untuk lelaki maskulin.



Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin.




Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Jadi DASHING telah mengeluarkan produk terbaharu untuk lelaki agar lebih yakin dan kekal segar dari bau badan.

Produk 2 dalam 1 DASHING ini menggabungkan semburan deodoran untuk mencegah bau badan dan juga minyak wangi agar tampil berbau hebat sepanjang hari.

Apa yang best tentang DASHING Deo + Perfume Body Spray ini?
  • Dirumus dengan wangian DASHIING Eau De Toilette yang memberikan haruman maskulin tahan lama.
  • Agen anti-bau dan anti-bakteria dapat memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.
  • 880 semburan untuk satu botol DASHING Deo + Perfume Body Spray atau tahan sehingga 146 hari. Ini bermakna ia mampu bertahan sehingga 5 bulan. Hebat bukan?
  • Didatangkan dalam botol semburan bersaiz 120ml dengan reka bentuk yang ringkas dan menawan, mudah untuk di bawa kemana sahaja.

DASHING Deo + Perfume Body Spray ini hanya dalam satu botol. Ia CEPAT, MUDAH, RINGKAS dan JIMAT!

Didatangkan dalam 4 variasi bauan yang berbeza :-

HATTRICK- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK- Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofisikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Saya suka HATTRICK dan ULTIMATE KICK. 


DASHING Deo + Perfume Body Spray ini cuma RM12.20 setiap satu yang boleh didapti diseluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^