Menang Baucer Dari Shopee

9:28 AM


Assalamualaikum…

Alhamdulillah bulan lepas dihubungi oleh pihak Shopee Malaysia di Instagram yang saya menang lucky draw Raya Dengan Shopee.


Sebenarnya saya ni tak berapa nak bertuah kalau join kontes online jadi tak berapa nak berharap sangat. Bila tiba-tiba cakap menang terus ‘Bila masa join kontes ek? Join kontes sapa ni?’ 


Saya jumpa satu jawapan yang saya berikan dalam kontes Raya Dengan Shopee.


Bila orang nak memberi kita terima dengan selebar-lebar senyuman…hihihi… Walaupun nilainya kecil tapi tetap boleh digunakan. Baru-baru ni baucer RM30 Shopee masuk dalam akaun Shopee saya, jadi tunggu apalagi mohler shopping. Masa bagi jawapan saya nak beli kasut raya tapi raya puasa pun dah lepas, kasut raya pun dah beli jadi kita beli benda lain la ye. Jangan marah ye Shopee…..

Kebetulan pula masa dapat baucer Shopee tu band smart watch Mi 2 putus gara-gara mek kecik tu main tarik-tarik, kita beli band yang baru. Satu baru harga RM1.25 jadi saya ambil #10 dan #16.


Dah la murah, service cepat walaupun penghantaran dari luar negara. Beli dari kedai eafengrow.my.



Tada…comey tak band warna pink….ihik….

Belek punya belek Apps Shopee kita beli tak tahu nak ambil apa. Beli barangan mandian je la dari kedai taibakfashion. Saya ambil 3 refill pek Shokubutsu Shower Body Wash- Sakura Whithening dengan harga RM5.50 setiap satu habuan stok sebulan dua. Servis pun cepat. Ambil masa 3 hari dari waktu saya order barang.



Ada baki duit lagi dalam baucer Shopee, jadi saya belikan mek kecik tu beg habuan nak letak baju dan lampin pakai buang dia. Tada…Kids Eggshell Backpack-Sofea. Harga baru RM10.89 sahaja. Beli dari kedai zhipinghuang. Penghantaran cepat. Ambil masa 3 hari dari waktu saya order barang.


Sebagai seorang yang jarang keluar shopping di luar, Shopee memang pilihan saya.


Terima kasih Shopee kerana memilih saya sebagai pemenang bertuah untuk Raya Dengan Shopee kontes. 

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. bestnyeeee dpt baucer dr shopee..
    jelessss sgt ni.. haha

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki dapat baucer banyak macam nih

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers