Pengalaman Auni Demam Panas dan Demam Tarik

8:30 PM

26 Jun 2019
Rabu
5. 00 pagi

Waktu ni saya dah bangun sebab tido tak berapa nak lena bila anak demam. Itu pon sebab dah terlelap sebab mengantuk sangat. 

Pertama kali sepanjang 6 tahun bergelar ibu, anak tarik sebab demam panas. Malam sebelum tu dia cuma dedar-dedar saja dah lap serta bagi makan ubat.

Pukul 3 pagi tu bangun lagi sekali ON ubat. Pukul 5 pagi rasa badan dia dah makin panas. Baru nak wasap bos cakap nak cuti sekali dengar bunyi mengerang.

Dalam samar-samar tu pegang tengok dah kejang kaki tangan, mata dah ke atas dan air liur meleleh.

Allah... Panik tak tau nak cakap. Masa jadi tu kebetulan abah dia pon tersedar terus abah cempung bawa pi toilet dan saya siram Auni dengan air paip mengalir dari bawah kaki sampai ke atas. Memang masa tu dah meraung dah sebab nampak dengan jelas mata Auni dah ke atas. Tak lama lepas tu dia kembali sedar dan menangis macam biasa dengan suara lemah tapi badan lembik. 

Terus tak tunggu capai apa yang patut terus ke hospital. Kami ada 3 pilihan hospital tapi kami pilih Hospital Seberang Jaya sebab senang sampai, cuma redah highway terus ja.  Pasang double signal, abah Auni terus pecut sambil hon minta laluan. Mulut saya tak habis-habis berzikir minta dipermudahkan dan selamat sambil-sambil panggil Auni. Mulut dia dah biru masa ni. Sejuk menggigil mungkin akibat air tadi. Terus saya peluk dia cuba hangatkan badan Auni balik. Alhamdulillah masa sampai kat roundabout Seberang Jaya tu lampu hijau.

Sampai-sampai terus masuk kot pintu kecemasan dan diberi rawatan sambil doktor tanya saya itu ini. Memang tak mampu nak jawab. Tergagap-gagap tak mampu nak cerita sampai doktor suruh saya bertenang dulu. Yang mampu kata anak tarik...baru jadi.

Habis segala procedure terpaksa masuk wad. Takpe demi anak masuk wad pon takpe. Lepas kawan-kawan dapat tau situasi ni ada yang wasap tanya 'kenapa tak masuk hospital swasta? Bukan ada medical card ke?' 

Kalau kita tengah panik anak sakit sampai lembik kau takkan terfikir nak pi hospital yang best-best. Kau cuma fikir nak cepat sampai je masa tu. 
Baru masuk wad... dah sihat sikit

Kat wad suhu demam Auni dah makin turun. ON ubat tapi tiba-tiba sebelum pukul 5 petang sekali lagi Auni tarik. Masa tu saya baru basuh popo dia dan bagi makan ubat demam. Tiba-tiba ja dia terkejut-terkejut terus kejang. Kebetulan masa tu ada doktor 4 orang dalam wad terus rawat Auni. Lebih kurang 2 minit Auni sedar balik. Terus doktor ON drip air dan antibiotik. 
Baru lepas tarik kali kedua

Alhamdulillah malam tu demam dia makin turun. Esoknya kembali sihat tapi saya jadi fobia takut nak tidur atau nak tinggalkan dia. Takut jadi tarik lagi sampai ke hari ini dok teringat lagi.

Doktor pesan kadangkala bila anak demam ubat tak berapa membantu. Cuba check bahagian leher dan kepala dia sebab area ni paling senang nak tahu tahap demamnya. Jerlum kepala anak dengan air suam bukan air sejuk. Cuba turunkan suhu demam anak dengan air di bahagian kepala dan badannya.

Doktor pesan lagi kalau anak tarik cuba ikut langkah kat bawah ni.


Tapi kita mak-mak tak mampu nak bertenang. Saya pon secara automatik buat siram-siram air tu.

Lepas ni saya kena double alert bila Auni demam sebab kebarangkalian dia akan tarik lagi bila demam akan ada. Semoga Auni baik-baik saja lepas ni... Aamiin... 

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. mahai betoi rambut dia, comel! semoga aunie cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Rambut pyh nk jaga ni.

      Maceh acik timah

      Delete
  2. Semoga pasni takde dah episod tarik2 ni ya Auni..Auni sihat2 sokmo..Aamiin

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^