Daftar Darjah Satu Atas Talian Ambilan 2020/2021

3:32 PM

Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah satu langkah nak isi borang permohonan darjah satu atas talian(online) untuk Aqil tahun depan.

Phewww....pening jugak mak ni tengok bahagian imunisasi tu....hahahahaha.... Tahun lepas dah isi tapi sampai bahagian imunisasi terus blurr pastu terus tinggalkan dan lupa camtu saja sampai dah lepas tarikh tutup baru teringat. Tahun ni 'ibu' Aqil dok peringat mak dia yang konon bizi tahap dewataraya.

dah siap isi dan submit online

Daftar Darjah Satu Atas Talian








Korang yang ada anak lahir dari 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 untuk pengambilan tahun satu 2020(wow...tahun kereta terbang) dan juga anak yang lahir dari 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 untuk pengambilan tahun satu 2021 bolehlah membuat permohonan korang di https://public.moe.gov.my


Kalau rasa susah nak isi online boleh tengok di MANUAL PENGGUNA SISTEM  PENDAFTARAN ATAS TALIAN yang disediakan. Yang penting sewaktu mengisi borang diatas talian ni, buku rekod kesihatan anak(lelaki warna biru, perempuan warna merah jambu) kena ada di tepi korang sewaktu mengisi bahagian imunisasi anak. Kena tengok betul-betul tarikh dan imunisasi anak yang tercatat pada buku rekod kesihatan anak tu.

Nak lagi senang boleh berpandukan ini.

Jenis Vaksin                          Warna Kotak Imunisasi/Vaksin
Difteria/Pertussis/Tetanus         Kotak warna kuning(DTap/DT)
B.C.G                                      Kotak warna ungu
Hepatitis B                               Kotak warna hijau
Haemophilus Influenza(Hib)      Kotak warna merah jambu
Polio(IPV)                                Kotak warna biru pekat
Measles/Mumps/Rubella            Kotak warna oren(MMR)


Dah ISI ONLINE---PRINT---SEDIAKAN DOKUMEN yang diperlukan---dapatkan cop pengesahan di sekolah yang dipohon dalam masa 2 minggu dari tarikh mengisi borang. Harap-harap saya tak lupa nak pi sekolah nanti.


Kalau ada masa tu cepat-cepat isi ye. Kang dok tangguh-tangguh terus lupa nak daftar anak sekolah.



You Might Also Like

26 apa kata anda?

  1. MUdahnya sekarang, daftar masuk sekolah pun dah boleh atas talian. Lepas ini tiada alasan untuk ibubapa kata takde masa nak daftar pula sudah.. ;)

    ReplyDelete
  2. Mujur share kat sini..asik la lupa nak daftar
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. mudah sangat tapi kalau yang tak ada internet lagi susah bila daftar atas talian begini.. terfikir gak kalau org duk dlm perkampungan ke...

    ReplyDelete
  4. pendaftaran online ni memudahkan urusan juga sbb parents boleh register je sendiri hehe

    ReplyDelete
  5. wah.. secara online pun boleh ye daftar sekolah anak? baru TB tahu.. senang betul sekarang ni yea.. kurangkan kesesakan juga cara ni.. tak perlu nak pening-pening dah

    ReplyDelete
  6. Sekarang semua daftar online je. Senang urusan mak bapak. Cuma kelemahannya kalau mereka yang tak tau IT. Kesian jugak. Lepas tu untuk golongan yang tak berkemampuan nak ada smartphone atau komputer.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah saya dah daftar anak sesiap tahun lepas. risau kalau2 xdapat sekolah yg diminta

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Kita baru settle daftar online untuk anak. Tunggu nak submit ke sekolah je nanti.. Tu pun belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  9. terima kasih diatas info ini, saya da tak ada anak-anak yang masuk sekolah rendah, tapi saya nak kongsikan pada saudara-saudara dan kawan-kawan yang mempunyai anak kecil.

    ReplyDelete
  10. Sekarang semua mudah buat pendaftaran kat online jer tak perlu ibu bapa susah-susah nak pergi sekolah semua hehehehehe zaman kita kecil-kecil dulu ingat lagi mak ayah pergi hantar untuk daftar sekolah hehehehehe rindu zaman tu..

    ReplyDelete
  11. Mudahkan sekarang semua pendaftaran menggunankan sistem online bukan macam zaman-zaman kite. Yela selari dengan pembangunan teknologi. Sebenarnya dengan cari macam ni lagi mudah. hehehe. Boleh share tips ni dgn kak nnti.hehehe

    ReplyDelete
  12. Ruby pun dah register anak ruby masa 1 Mac 2019. Masa tu memang khas untuk selesaikan isi borang ni pada hari tersebut. Tanya jiran la. Tanya pakcik van la. Nak pi sekolah anak tu kira jarak lagi. Hahaha. Alhamdulillah selesai semua. Sabtu dan Ahad saya pi potostat dokumen yang diperlukan. Isnin pagi saya pi sekolah dan hantar borang. Di sekolah ada juga borang kena isi. Semua dah selesai. Lega.

    ReplyDelete
  13. Wahhh beruntunglah mak pak sekarang ni nak daftar anak2 masuk sekolah..semua online je dah sekarang. Bagus2 tak de le susah2 bagi yg bekerja tu. Anak sis sume dh besar2 dah..melepas peluang pengalaman ni..:)

    ReplyDelete
  14. Dasyt ye sekrg siap isi imunisasi semua. .Kalau dulu biasa je. .Haahahha. .Adoila. .Nad ni tahun depan anak baru nak sekolah, tu pun dah rasa, macam mana la nak buat.. Hahaha. .Takde pengalmaan, macam ni la. .Semua serba tak kena. Tak tau, terjah jela sekolah yang nak kita hantar ank sekolah tu

    ReplyDelete
  15. Mudahnya sekarang kan. Semua boleh buat atas talian. Cikgu senang. Ibu bapa pun senang. Kita dulu semua kna manual haha

    ReplyDelete
  16. selamat la semua mendaftar ye.
    aida da abis dah anak2 nak menerjah masuk skola :) hi hi hi...
    moment yg manis ni anta anak baru masuk skola.
    darjah 1 kan. comel2 belaka.

    ReplyDelete
  17. Senang je pendaftaran sekarang kan. Ingat lagi zaman Rawlins dulu, mak pak berbondong-bondong datang berbaris nak register anak-anak. Online gini memudahkan parents yang bekerja kan. Selamat mendaftar pada semua parents. Jangan last minute ye

    ReplyDelete
  18. Kita dah buat jugak dah atas talian, tapi tak pegi sekolah lagi. Yang pergi sekolah tu just pergi ofis ke mcm mana ye?

    ReplyDelete
  19. Berguna ni perkongsian ni. Emi sendiri tak tahu rupanya zaman sekarang nak daftar anak masuk sekolah memang secara online ye? Nanti nak share dekat akak emi.

    ReplyDelete
  20. Aha! time ni memang semua parents sibuk nak daftar school for their kids. Thanks for the info i will share it out juga ya.

    ReplyDelete
  21. terima kasih panduan ni banyak sangat menolong.

    ReplyDelete
  22. Zaman sekarang ni banyak kena buat sendiri kan.
    Anak kita tahun 2021 nanti masuk darjah 1.
    Tapi dah seram sejuk rasanya nak kena isi borang gini.

    ReplyDelete
  23. Info ni bagus utk ank2 yg nak masuk darjah 1 :)

    ReplyDelete
  24. Terima kasih tolong post info macam nie...sangat membantu bagi ibu bapa yang kurang pengalaman untuk mengisi borang online. Terima kasih yer.

    ReplyDelete
  25. anak cikton baru setahun..tapi memang mudah la skang boleh daftar secara online je..boleh buat bila2 masa xperlu beratur panjang pergi ke sekolah..hihi

    ReplyDelete
  26. Sepupu baru nih nyaris terlupa, hari last baru dia kalut siapkan. Adeh haru biru jugak jadinya.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers