ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature

4:28 PM


Haluuuu…korang suka barangan penjagaan wajah dari Korea? Orang kata produk penjagaan wajah dari Korea tengah IN sekarang ni. Jadi kita pun nak la guna juga. Mana tau boleh dapat kulit wajah yang halus mulus bak gegadis Korea kan…hihihi.. Ha…ni kita nak cerita satu produk penjagaan wajah yang best 100% pembuatannya dari Korea. Memperkenalkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.



Sebab apa saya cakap best? Selain diperbuat daripada 10 bahan semulajadi seperti aloe vera dan juga tea tree oil, ia amat berkesan untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati serta make-up di wajah.

Aloe AC Bubble - bertindak untuk membuang lebihan minyak atau sebum dan membersih hingga ke dalam liang pori yang menjadikan kulit nampak bersih.

Tea Tea Oil - bertindak untuk melindungi kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan lembap yang membuatkan kulit lebih segar sepanjang hari.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser berbentuk cecair tetapi apabila di pam di tapak tangan akan keluar buih-buih halus, ringan dan lembut. Baunya juga amat lembut dan menyenangkan.



Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser :-
  •    Basahkan tangan dan wajah. Picit 1 atau 2 pam Aloe AC Clean Bubble   Cleanser di tapak tangan.
  •      Urut wajah dengan buih-buih lembut in dengan urutan bulatan.
  •      Bilas wajah dengan air. Siap.




‘Sangat senang dan mudah. Hampir 2 minggu saya gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kulit wajah rasa lebih lembut dan lembap. Tiada lagi rasa kerengsaan atau kulit kering selepas mencuci wajah. Memang sangat best. Kulit pun dah kurang berminyak.’



Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan ia mampu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat. Ia mampu mengawal masalah jerawat, membersihkan pori-pori hingga mendalam dan menenangkan kulit wajah.

Kat mana nak dapatkan produk best ni. Boleh ke :-


atau info lebih lanjut tentang produk ini di :-


You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. bagus hansaegee ni zai,kak ana dah pernah cuba juga

    ReplyDelete
  2. menarik pencuci muka berasaskan aloe vera

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^