Neem Balm 100% Semulajadi Dari Zm Beauty

2:17 PM

Haluuuuu…kali ni saya nak kongsi benda best yang patut korang simpan kat rumah. Kalau sejenis yang berkulit kering sangatlah elok sebab ia boleh melembabkan kulit.

Memperkenalkan Neem Balm.



Neem Balm adalah sejenis balm yang dihasilkan daripada daun neem/daun semambu yang bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus sebagai sapuan magic untuk kulit.

Berfungsi sebagai sapuan luaran untuk melegakan :-
  • Kulit kering
  • Ruam demam campak
  • Masalah kulit yang ringan
  • Ruam lampin
  • Masalah tumit pecah


Daun Neem/Semambu digunakan secara meluas oleh masyarakat India dalam upacara keagamaan dan perubatan. Saya pernah gunakan daun neem ini untuk mengubati demam campak atau masalah kulit yang lain secara tradisional untuk anak sulung. Itupun petua dari jiran India. Daun Neem di buat mandian dan lapik tempat tidur sewaktu anak kena campak dulu. Tapi kini Zm Beauty telah menghasilkan Neem Balm untuk memudahkan kita mengubati masalah kulit. Dah tak perlu kisar daun neem ini menjadi pes lagi untuk disapukan pada kulit yang bermasalah. Senangkan?


Bahan yang digunakan di dalam Neem Balm:-
  • Daun Neem/Semambu
  • Minyak Zaitun
  • Lilin Lebah


Cara penggunaannya pun mudah. Hanya dengan sapuan nipis dibahagian kulit yang bermasalah. Kalau yang mempunyai masalah tumit pecah, gosokkan tumit kaki pada batu untuk kikis tumit kaki yang kering dan kasar. Lepas tu sapukan Neem Balm. Amalkan selama 3 hari secara konsisten, tumit pecah dan kasar dah kembali elok.

contoh penggunaan Neem Balm

Neem Balm ini selamat digunakan kerana telah diuji di makmal oleh PERMULAB SDN BHD dan mendapat kelulusan KKM. Tak perlu risau kerana Neem Balm ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dari bayi hingga orang dewasa. Ia juga tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kerana ia produk 100% semulajadi, bebas dari bahan kimia berbahaya yang berbau wangi, mudah diserap dan tidak berminyak.

Saya gunakan Neem Balm ni kat anak-anak. Sejenis anak yang tak boleh panas dan berpeluh kuat. Mulalah nak naik ruam satu badan. Sapu-sapu Neem Balm ni, ruam pun malu-malu nak kelihatan dan anak pun rasa selesa.


Mana nak dapatkan Neem Balm ni? Boleh ke :-

Facebook page :- NeemBalmHQ

Facebook : Zuraini Muhammad
Instagram : @neembalmhq
Whatsapp :- 0113-2484182
Call : 07-7550792



10 ribu pembeli pertama yang membeli Neem Balm dari Zm Beauty akan mendapat thermometer cute ini secara percuma. Yang bestnya Neem Balm ini didatangkan khas dengan bekas yang elegan serta keychain yang cantik. Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan Neem Balm dari HQ dan agen-agen yang sah sahaja.


You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. comelnya packaging neem balm ni..nak kena beli jgk satu..blh dpt freegift termometer cute tu..

    ReplyDelete
  2. Kinah pun dah cuba neem balm ni. Memang best. Satu lagi anak kena gigit nyamuk pun boleh sapu.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya dengan adanya neem balm nih, pelbagai guna. Packaging pun cantik, comel ja.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^