101 Resepi Tok Wan Buffet Ramadan di Vistana Hotel

11:44 AM

Assalamualaikum. Bersua lagi kita di Ramadan ke 6. Kejap saja dah nak dekat seminggu kita berpuasa. Oh…kelmarin balik dari kerja nak berbuka puasa, jenuh hadap kesesakan lalu lintas dari Batu Maung ke Seberang Perai. Pukul 7 petang baru sampai rumah. Sempatlah singgah kat bazar Ramadan beli nasi ayam. Itu pon jenuh memusing tak tau nak beli apa. Sabar je la.


Korang yang kerja sekitar Bayan Lepas atau Penang nak ke Seberang Perai mengalami situasi yang sama ke? Saya masa ni dan-dan la teringat buffet Ramadan kat Vistana Hotel. Teringat sebab menu-menunya memang menepati citarasa dan tekak orang kampung macam saya. Tak caya ke? Jom tengok apa yang ada di Buffet Ramadan Vistana Hotel tahun 2017 ni.


Bertemakan masakan Melayu ‘101 Resepi Tok Wan’, buffet Ramadan di Vistana Hotel meriah dengan masakan kampung. ‘Tok Wan’ adalah gelaran kepada nenek di negeri Pahang, jadi Tok Wan dijadikan insiprasi kerana masakan Tok Wan paling kita ingati sepanjang masa di mana jua.

Pembuka Selera 101 Resepi Tok Wan



101 Resepi Tok Wan menyediakan kepelbagaian jenis pembuka selera seperti kerabu dan ulam-ulaman serta sambal yang pelbagai perisa seperti sambal belacan, cencaluk, sambal nenas dan budu yang pastinya rasa saling tak tumpah seperti yang disediakan oleh nenek kita di kampung.
ulam-ulaman serta sambal belacan pelbagai jenis


Ditambah pula dengan ikan masin dan telur masin, ia amat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang ingin menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis kerabu resepi Tok Wan seperti kerabu mangga yang masam-masam manis dan juga kerabu ayam.
kerabu sotong, kerabu taugeh kerang, kerabu pucuk paku, kerabu kaki ayam


101 Resepi Tok Wan juga menyediakan 5 jenis bubur untuk korang rasai. Ha…dah nampakkan yang menu-menunya ala-ala Tok Wan kita kat kampung.


pelbagai jenis bubur resepi tok wan


Yang paling membuka selera dah tentu-tentunya ketupat palas dan lemang. Kena pula dengan rending tok dan serunding...ohoiiii...mak mertua lalu pon dah tak nampak.


lemang, serunding ayam, rending tok dan ketupat palas



Menu Utama 101 Resepi Tok Wan



Bila melihat menu utama 101 Resepi Tok Wan memang tak sabar-sabar nak makan. Siapa tak suka bila nampak siput belitung masak lemak cili padi, pucuk paku masak lemak, ikan cencaru belah belakang dan bermacam-macam lagi. Tak keruan perut ini jadinya. Semua menu-menunya sedap-sedap belaka seperti air tangan Tok Wan yang masak.
rendang tok, ayam goreng DJ, rendang itik dan siput sedut masak lemak cili api
 
kangkung belacan, ayam masak ros, sambal tauhu danikan keli goring berempah
 
sambal tumis udang petai, ikan cencaru belah belakang, pucuk paku masak lemak kuning
 
pajeri nenas, bayam masak lemak putih dan ubi keledek, kurma kambing dan lala goreng pedas


Dibahagian luar hotel pula tersedia kambing golek yang meruntun perasaan bagi penggemar kambing. Selain itu terdapat satay dan juga ikan keli bakar yang di bakar panas-panas untuk pengunjung 101 Resepi Tok Wan Buffet Ramadan.
kambing golek


Selain masakan kampung dan kambing golek terdapat juga stall makanan lain seperti asam laksa, kerang rebus, nasi ayam Hainan,rojak buah dan murtabak.


nasi ayam hainan
 
kerang rebus
 
asam laksa
 
murtabak
rojak buah




Pencuci Mulut



Pelbagai jenis pencuci mulut dari kuih-muih tradisional hinggalah ke moden. Semuanya sedap-sedap belaka. Ada kuih cara manis, onde-onde, seri muka, ketayap dan banyak lagi.


seleksi kuih tradisional
 
kuih moden
 

Lagi membangkitkan selera bila ada aiskrim Malaysia selain ais kacang.


aiskrim malaysia

Tak dilupakan buah-buahan tempatan.

Semua jenis lauk saya cuba. Dapat sedut siput belitung dah tak ingat nak sopan dah dekat orang sebelah...hihihi...


tak sabar nak makan semua

Tak rugi kalau korang nak berbuka di sini. Semuanya sedap-sedap belaka seperti masakan Tok Wan kita di kampung. Buffet Ramadan bermula dari 29 Mei hingga 24 Jun 2017 ini.


Harga 101 Resepi Tok Wan :-
RM70 nett-Dewasa
RM30 nett-kanak-kanak(4-12 tahun)

Kalau korang berminat bolehlah ke :-

Vistana Hotel Penang Bukit Jambul
213 Jalan Bukit Gambir,
Bukit Jambul,
11950 Penang

Untuk pertanyaan dan tempahan :-
Tel : 604-6468000

Terima kasih Vistana Hotel kerana menjemput team #projekbloggerutara.

#pbu

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^