Covid-19 | Bila anak-anak jadi kontak rapat

3:40 PM

Assalamualaikum

Akhirnya...lega sungguh hati ni.

Alhamdulillah...


2 minggu lepas memang serabut perut mak dia ni. Tiba-tiba pengasuh Auni Anas call bagitau anak dia kontak rapat kawan yang positif Covid kat tempat keja. Buat swab test negatif tapi kita ni mak-mak kan...fikir yang bukan-bukan. Petang masa ambil anak tu, anak pengasuh yang dukung Anas. Mana tak cuak. Berdoa jangan la anak start batuk demam.

Ok...wasap bos minta cuti untuk bertenang sat.


Kak ipar sebelah rumah dapat tau so dia offer untuk jaga Auni Anas 2 3 hari sementara saya pegi keja dan suami pegi niaga. Ok setel satu bab.


Tiba-tiba 17 Ogos 2021 kak ipar wasap pagi-pagi bagitau suaminya aka biras saya demam tapi saya tak baca pon wasap tu pagi-pagi. Keluar kerja macam biasa sementara Anas Auni masih lagi dengan abah depa. Dah sampai tempat keja baru tengok wasap. Kak ipar memang risau takut suaminya kena Covid.

Pagi tu biras saya keluar ke klinik nak buat swab test. Anas Auni dah ada dengan kak ipar. Petang sikit baru result keluar kata positif.

Allah...

Benda yang kita nak elak tu kena juga.

Terus call orang sana sini sebab saya kat tempat keja dan akhirnya Auni Anas pegi ke rumah pengasuh semula. Pengasuh cakap Insyaallah takda apa-apa sebab dah dekat seminggu dan 2 kali swab, keputusan anak dia sama. Negatif.

Walaupun kak ipar dan anak dia duduk dalam rumah yang sama tapi depa negatif. Jenuh biras saya kena kuarantin sorang-sorang dalam bilik. Alhamdulillah biras saya takda simpton yang teruk cuma demam sahaja.


Auni Anas?

Alhamdulillah...Allah masih pelihara depa berdua. Dan asbab biras kena Covid ni la baru saya tau yang dalam kampung kami tu sebenarnya ramai yang positif bulan Ogos baru ni tapi depa diam-diam ja. Kiranya baru-baru ni kiri kanan rumah saya positif Covid. Pastu dengar anak kawan tu anak kawan ni positif. Suami sampai beli kit Covid test sendiri kat rumah sebab cuak. Mana tak cuak, tu kampung dia. Jumpa orang sana sini dia tegur.

Saya?

Balik je keja lepas ambil anak dari pengasuh terus duduk dalam rumah. Banyak lagi keja nak buat dari dok membawang kat luar rumah....hahahahaha...

Sepanjang setahun lebih kita hidup dengan Covid kami suami isteri bekerja seperti biasa. Bila orang terdekat kena baru perasaan cuak takut yang melampau-lampau tu ada. Tiap hari check suhu anak-anak takut demam. Kena plak sepanjang minggu tu asyik hujan memang risau sangat-sangat takut start demam.

Hope kita semua mampu jaga diri di pasca endemik Covid ni na.

#CovidIsReal

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Sentiasa ada activefast untuk persediaan. Demam jangan dibiarkan lama-lama. Biasanya symptom covid mula dengan demam.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^