Covid 19 | Kuarantin dan Swab Test Covid 19 Kali Ke Empat

2:32 PM

Assalamualaikum

Lama gila menyepi. Kita busy support production 6 minggu bila ramai yang kena kuarantin sebab kes Covid-19 kluster kilang meningkat. Tu yang ramai marah bila kerajaan arah PKP 3.0 tapi kilang tak tutup. Yang di tutup industri kecil-kecilan. Ampa jangan marah kami tau. Kami kalau bos suruh duduk rumah lagi kami suka tapi nak buat macam mana. Dah kata kena kerja terpaksa la pi. Kalau tak pi kena potong gaji. Naya ja. Dah la kami ni golongan yang tak layak dapat bantuan....uhuk....uhuk...uhuk...

Biasa la keja dalam production, balik ja rumah letih macam apa ja....hahahaha...keja nak lena sedia-sedia. Lagipon bila kami dah pindah rumah kampung kami yang baru siap, line telco kat situ tak berapa kuat pulak. Terus malas nak online. Nak meniaga baju-baju Sabella pon takda semangat. Tapi kalau ampa nak beli baju Sabella boleh hello hello ja, akan diusahakan sehabis boleh untuk order baju ampa tu tau.

Ritu kan kami habaq kena buat swab test Covid 19 kali ketiga, esok tu kami kena kuarantin pulak!!!!! Naya pak Karim sungguh la.

Orang kata 'syok la kena kuarantin' tapi depa taktau dalam hati ni punya berdoa macam-macam minta dijauhkan Covid 19 dari kami. Weyyyy....kami ada anak kecik tau dak. Ingat tak risau ka? Semak perut tau selagi tak habis kuarantin tu.

24 & 25 Mei - masuk support production. Lasermark line cuma ada sorang ja operator so kena bertapa kat situ selama 6 minggu sementara depa dok ambik orang baru. Nak train orang baru semua ambik masa tapi kami pon orang baru untuk proses tu tau tapi adik yang jaga proses Lasermark kata kami ni macam dah penah jalan mesin tu. Ajar sikit-sikit dah tau dah nak buat apa. Adehhhh...dia taktau kami pon seriyau nak jalan mesin tu takut lingkup.

26 Mei - Wesak Day so untuk kerja normal shift macam kami memang cuti. Depa suruh mai OT tapi kami malas walaupun double. Orang dok sibuk kemas rumah nak pindah, malas aih nak OT bagai. Tup tup pagi tu bos call bagitau company shutdown 3 hari bermula 26 hingga 28 Mei untuk sanitasi dan swab test.

28 Mei - kami buat swab test hari ni dan Alhamdulillah result negatif.

29 & 30 Mei - Sabtu Ahad kami cuti tapi bos call bagitau nama kami dalam senarai kuarantin. Tak boleh pi keja sebab badge keja dah kena block. Eh...bila masa ada kontek rapat dengan pesakit Covid 19 pon taktau. Kami pon taktau sapa yang kena Covid 19 kat kilang tu. Tak kenal....

29 Mei hingga 3 Jun - kuarantin di rumah. Kami PUI 2 untuk kluster kilang kami yang tah sapa tah yang positif tu. Kemungkinan sebab kami masuk production 2 hari tu la. Bosan toksah habaq la. Nak pi kedai beli barang dapoq pon tak boleh. Bosan teruk sangat kami naik keta ronda pusing kampung je la....huhuhuhu....

4 Jun - kena mai buat swab test Covid 19 kali ke empat. Gila nebes taktau nak habaq. Kali ni doktor tu jolok dua-dua lubang hidung.....fuhhhh....nasib tak sakit tapi berair jugak la hidung ni. Lepas dapat result negatif terus kena masuk keja balik. Adehhhh....ingat boleh balik rumah golek-golek....hahahahaha... Naseb la depa release badge dekat pukul 1...dan la melepak kat kantin lama-lama. Nak masuk production tak boleh sebab tak boleh nak scan badge.

Bila masuk production balik baru tau ada sorang MS kat line kami duduk tu positif Covid. Sebab dia juga la berapa hari line tu tak boleh nak jalan sebab takda orang.

Hati-hati ya kawan-kawan. Covid 19 is real. Kuarantin tanpa sakit memang seronok tapi dalam hati hanya Tuhan saja tau betapa kita akan risau orang yang ada disekeliling kita.



You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^