Covid 19 | Kali ketiga swab test

11:32 PM

Assalamualaikum

Tajuk kemain Covid 19 ko....hewhewhew tapi memang seram pon kalau dah namanya Covid.

Kali pertama swab test masa nak bersalinkan si Anas Nuqman. Czer kan....haruslah kena swab test. Misi panggil cakap nak check sekali kena swab test da.... Alhamdulillah tak sakit dan result negatif.

Kali kedua swab test Covid 19 bila nak jahit balik luka czer yang doktor buka balik. Kali ni sampai berdarah hidung kena colok. Pedih sampai berapa hari....huhuhu....

Kali ketiga swab test Covid 19, hari Jumaat yang lepas. Isnin Selasa tu saya masuk production sebab ramai operator kena kuarantin. 6 minggu kot nak kena cover. Lebih 200 orang operator kena kuarantin bila ada kontek rapat dengan operator yang positif Covid 19.

Rabu public holiday tup tup bos wasap bagitau KKM arahkan company shutdown 3 hari bermula Rabu sampai Jumaat untuk sanitasi dan swab test. Swab ada 2 sesi, Khamis dan Jumaat.

Gila berdebar nak buat swab test sebab fikir kau berisiko tinggi. Cover production dan taktau tahap kesihatan orang sekeliling kau.

Jumaat pagi pegi dengan berdebar. Proses tak lama pon sebab bos dah bagi masa jadi tak perlu tunggu lama. Lepas isi borang terus beratur. Tak sampai seminit proses swab test siap. Kali ni punya memang tak sakit. Walaupun dah beratus lubang hidung orang staff tu jolok masa tu tapi lembut je.



Kami diarahkan duduk di kantin sementara menunggu keputusan swab test keluar dalam 15 ke 20 minit. Terasa lama sungguh menunggu nama untuk di panggil. Perut berkeroncong tapi roti dan air mineral yang company bagi di pandang sepi je. Oh...lupa nak cakap, company ambil syarikat swasta untuk buat swab test kami semua untuk result yang cepat. 

Saat paling mendebarkan bila nama orang yang buat swab test selepas kau dah pon di panggil. 'Ahhh...sudah....result aku sangkut ke? '

Tak lama lepas pada tu bila nama kau dipanggil antara dengar tak dengar....fuh...barulah hilang rasa semak perut dan fikirkan anak-anak kat rumah tadi. Dan dan tu jugalah rasa lapar dahaga semua. Alhamdulillah keputusan negatif.

Sebelum balik inform bos sesiap. Bos la yang paling kalut nak tau keputusan.

Walaupun ramai orang masih tak percaya Covid 19 ni wujud tapi kami cuma nak bagitau Covid 19 ni boleh melumpuhkan ekonomi kita. Tengok kilang pon dan jadi carca marba. Sorang kena dah berapa ramai kontek rapat yang kena kuarantin. Kalau 5 orang, tak satu line production kena tutup. Tu yang tak memasal tarik orang sana-sini tolong cover line yang kosong. Delay shipment maka duit lagi banyak akan keluar.

Buat korang semua, jaga diri, patuhi SOP dan jangan lupa jaga jarak 1 meter, pakai pelitup muka dan keraplah basuh tangan dengan sabun atau pakai sanitizer. 

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. kes dah beribu, masih ada jugak ckp ne plandemic. geram btul.
    pastu sibuk ckp vaksin mcm2. dah xnak kena vaksin, duk diam2 la.
    lebih memalukan, yg cakap camtu rakan2 sekerja, cikgu2 semuanya.

    geram je, rasa nak berhentikan je cikgu2 yg cmne.hahaha

    ReplyDelete
  2. Betul, benda ya nampak ni risau. Kena plak virus ni sekarang banyak yang dah bermutasi. Lagi cepat tersebar.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^