Bufet Ramadan | Aneka Citarasa di Ixora Hotel Penang

3:59 PM

Hi korang....

Macam mana puasa kali ni?

Berbeza sikit dari tahun lepaskan?

Tahun ini walaupun kita masih berada di musim pandemik Covid-19 tapi suasana agak santai berbanding tahun lepas. Dah banyak premis perniagaan yang menawarkan hidangan berbuka puasa. Jadi ramai yang mengambil peluang berbuka di luar tapi jangan lupa patuh SOP tau. Pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dengan sabun atau pakai sanitizer, jaga jarak dan jangan lupa imbas MySejahtera di mana saja tempat korang singgah.

Kali ni Zai nak bawa korang singgah makan bufet Ramadan di Ixora Hotel Penang yang bertemakan 'Aneka Citarasa'. Yang pasti menu beraneka pilihan yang ada kat sana tau. Semua sedap-sedap.



Jom...


Bufet Ramadan Aneka Citarasa di Ixora Hotel Penang

Kali ini pasukan dapur Ixora Hotel Penang dengan diketuai oleh Chef Mok Tai Heng yang berpengalaman lebih 48 tahun dalam bidang kulinari telah menyediakan masakan yang bertemakan Aneka Citarasa di bufet Ramadan Ixora Hotel Penang.

Dimulakan dengan pembuka selera ulam-ulaman segar seperti ulam raja, daun selasih, daun kaduk, pegaga dan banyak lagi yang digabungkan pula dengan pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan kampong, cincalok, air asam serta sambal mangga muda pasti membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tidak dilupakan acar, salad dan pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga.







Masuk pula ke hidangan utama, bufet Ramadan Aneka Citarasa di Ixora Hotel Penang menyediakan hidangan dengan penuh rasa yang kuat seperti ayam masak madu, daging masak kicap, Nyonya sambal udang, daging kambing kurma, ikan masak cuka dan udang goreng berempah.






Terdapat juga daging masak kari, kambing briyani, ikan masak asam pedas dan banyak lagi. Tidak dilupakan sup ekor lembu, soto kambing mamak dan sup kambing mamak.





Tidak cukup dengan ini, terdapat stesen panas yang menyediakan menu seperti kambing golek, ikan nyok nyok bakar, pasembur, rojak dan asam laksa Pulau Pinang







Bagi penggemar manisan, jangan risau. Bufet Ramadan di Ixora Hotel Penang turut menyediakan ais kacang dengan pelbagai rencah, bubur pulut hitam, pelbagai jenis puding dan kek, biskut raya, aiskrim, kuih-muih tradisional serta aneka buah-buahan sebagai pencuci mulut.






Info Bufet Ramadan Aneka Citarasa Ixora Hotel Penang



Aneka Citarasa Buffet Ramadan 

Harga :- Dewasa RM88

             Kanak-kanak RM58

Tempat :- The Straits Café (tingkat G)

Masa :- 7 malam hingga 10 malam

Promosi belian sepuluh (10) percuma untuk membeli (1) bermula 19 April hingga 10 Mei 2021.

Tempahan meja sangat digalakkan. Hubungi 04 382 8888 atau e-mel info@ixorahotel.com untuk pertanyaan lebih lanjut.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Menarik sangat menu buffet ini lagi-lagi kambing tu...Sekarang kambing memang jadi menu wajib di setiap buffet

    Jemput baca dan komen
    https://tarotthefool.blogspot.com/2021/04/part-3-3-baboons-on-selangor-road-trip_23.html

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^