Bufet Ramadan | Santapan Warisan Melayu di The Light Hotel Penang

11:34 AM

Hai...pasti ramai yang tercari-cari bufet Ramadan mana yang sedap di musim pandemik COVID-19 ni. Kita nak bagitau, bufet Ramadan di The Light Hotel memang tidak pernah mengecewakan. Berbaloi rasa masakannya dengan harga dan servis yang disediakan di sana.
Iye, kadang kita nak tukar selera makan di luar bilamana dah lama sangat kita makan di rumah. Sekali-sekala makan di luar apa salahnya yang penting jaga SOP penjarakan sosial, sentiasa memakai mask dan sanitizer.

Jom tengok apa yang menarik bufet Ramadan di The Light Hotel Penang!


Santapan Warisan Melayu Bufet Ramadan


Kali ini dengan bertemakan SANTAPAN WARISAN MELAYU untuk bufet Ramadan, The Light Hotel menampilkan hampir 150 juadah tempatan masakan ala-ala mak kita masak. Jadi yang terindu-rindukan masakan kampung boleh cuba hidangan yang disediakan di bufet Ramadan The Light Hotel Penang.

Pastinya hidangan Nasi Briyani, Ayam Bawang D'light, Kari Kepala Ikan, Gulai Udang dan Kambing Hitam Manis yang paling dirindukan bagi penggemar nasi kandar. Jika nak rasa yang sedap dan menepati citarasa korang wajib berbuka di sini.








Hasil sentuhan masakan dari tukang masak yang diketuai oleh Executive Chef, Chef Halim Mohamad memang tidak pernah mengecewakan. Nasi briyani dan ayam bawangnya buat kita nak tambah berkali-kali.

Bukan nasi briyani sahaja yang ada di bufet Ramadan Santapan Warisan Melayu ini, banyak lagi hidangan yang The Light Hotel sediakan seperti Nasi Kerabu, Daging Harimau Menangis serta seleksi kerabu dan pembuka selera pun ada.










Tidak dilupakan kambing panggang, sharwarma, roti canai, dim sum dan nasi ayam. Turut disediakan Sup Gear Box Ala Singapore Style dan Gulai Nangka Ayam Pucuk Ubi yang pastinya terangkat.










Tabaq Al Maghribi


Selain hidangan ala Melayu, bufet Ramadan The Light Hotel Penang menampilkan hidangan dari Morocco. Bagi sesiapa yang ingin mencuba masakan dari Morocco wajib berbuka puasa di sini. Sambil makan masakan Melayu boleh juga makan masakan Morocco. 

Antara menu Tabaq Al Maghribi yang disediakan seperti M'qualli(Moroccan Chicken with Daghmira), brochettes(meat in skewers), Harira(Moroccan Lentils and Chicken Soup), Merguues(Spicy Lamb Sausage), Whole Baked Fish with Harissa dan juga Mechoui(Moroccan Roast Lamb).

Rfissa

Ayam Tagine

Kambing Couscous

Brochettes

Kefta

Merguues

M'qualli


Info Bufet Ramadan The Light Hotel Penang


Bufet Ramadan 'Santapan Warisan Melayu dan Tabaq Al Maghribi'.

Bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021 jam 7.00 petang hingga 9.30 malam.

Harga RM108 untuk dewasa. Promosi terhad untuk baucer Ramadan RM90.

Pelanggan boleh menikmati hidangan sambil didendangkan dengan alunan lagu-lagu nasyid dan lagu Melayu klasik dari kumpulan Ar-Rayyan.

Fasiliti surau yang kondusif dan solat terawih berjemaah bersama tahfiz juga disediakan.



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 604-3821111.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^