Pengalaman Bersalin Kali Ke Tiga | Welcome Muhammad Anas Nuqman

12:06 PM

 Assalamualaikum...

Hampir 3 bulan selamat bersalinkan Muhammad Anas Nuqman. Kononnya masa dalam pantang nak update blog cerita pengalaman bersalin kali terakhir ni tapi non hado. Tak dapek nak nolong. Busy bukan main. Busy dengan si #dakkenteng yang ciwi orang Utara kata bila dapat adik. Dia sama sibuk nak jaga baby...kah... Tak boleh nak tinggal lansung kalau tanpa orang lain jaga, siap la dia buat keja. Jadi SINGA, HARIMAU, NAGA masa dalam pantang tu dah biasa sangat la. Penat betul dengan anak-anak yang tengah lasak ni.


27 September 2020

8 pagi dah ada kat Hospital Kepala Batas(HKB) dah pun. Semangat lain macam haih padahal boleh ja datang lewat-lewat sikit. Naseb la dah siap-siap sarapan bagai kat mamak pagi tu. Lepas check, doktor bagi briefing sebab nak BTL(ikat) dan sign surat asben pon balik. Wuuuu...masa ni barulah rasa sedih. Musim COVID kan, tidak boleh menerima pelawat jadinya keluarga cuma boleh hantar makanan dekat security di bawah dan bagitau nombor katil. Kita pon cakap kat asben tak payah la datang cuma tolong tengok-tengokkan anak kat rumah.

Kali ni bersalin di HKB katanya operation room ke wad bersalin kat Hospital Seberang Jaya renovate. Betul ke idok kita pon tak tau. Itu je option yang Hospital Bukit Mertajam bagi so sampai la kita kat HKB pagi tu.

Untuk kita ni yang memang akan c-section akan ditempatkan di hadapan kaunter nurse. Alhamdulillah wad bersalin HKB sangat-sangat selesa. Rasa macam masuk hospital swasta. Untuk bahagian saya tu cuma 6 katil dan 2 bilik air. Kipas sorang satu so memang tak terasa panas pon. Disebabkan kita ni ada GDM on insulin untuk pregnant kali ni, rutin nurse check BP check gula, check BP check gula, check BP check gula....hahahaha... Petangnya pakar bius datang jumpa dan terangkan risiko-risiko bersalin czer pastu sign surat.

Malamnya nurse panggil masuk bilik rawatan nak check bahagian bawah dah servis ke belum, tup tup ada doktor dah tunggu kita nak kena SWAB TEST COVID. Iye...kita dah kena swab test sebab nak guna bilik operation.Ala nurse ni main tipu tau...cakap nak check tut ja sekali kena swab test. Berdebor-debor tau masa ni. Alhamdulillah tak sakit cuma geli-geli ja....ahak... Pastu kena start puasa. Pukul 12 malam last makan dan 2 pagi last minum air masak.


28 September 2020

5 pagi nurse kejut bangun mandi dan salin pakaian untuk czer. Sepatutnya saya orang kedua dalam senarai bersalin czer tapi orang 1st tu tak jadi czer pagi tu sebab dia kena buat ECHO test. Terus wasap asben cakap pukul 8 pagi suruh tunggu kat security bawah. Bilik operation kat bawah. Suruh tunggu sampai dapat uri.

Lepas dah siap semua misi drip ubat untuk menstabilkan gula dan drip air. Sampai pukul 7.30 pagi terus misi datang untuk tolak ke bilik operation. Bukan tak biasa czer tapi cuak sebab nak BTL sekali. Orang cakap BTL lagi sakit dari czer biasa tu.



8.57 pagi lahirlah Muhammad Anas Nuqman ke dunia melalui kaedah c-section dan forcep sebab posisi baby tinggi dan susah untuk dikeluarkan. Lepas di cuci sikit, misi datang dan tunjuk baby. Lepas tu letakkan baby di dada untuk skin to skin contact. Dalam 10 minit baby atas dada terus misi cakap nak kena bawa naik atas untuk cuci dan check baby sebab kat bilik operation tu tak ada tempat timbang atau ukur baby. Macam kat Hospital Seberang Jaya, anak sebelum-sebelum ni saya boleh tengok misi ukur, timbang dan check anak. Lepas tu siap misi bantu saya susukan baby tapi kat HKB tak. Sempat juga tanya kat misi, tak susukan baby ke sebab kat HSJ buat macam tu tapi jawapan misi kat HKB tak.

Lepas misi bawa anak naik atas mula la rasa boring. Tadi sebelum tu excited nak tengok anak sangatkan. Dok la kaleh kepala kiri kanan kiri kanan sebab boring. Menguap taktau la berapa kali dah.Pakar bius mungkin perasan saya boring dia suruh saya tido dulu sebab BTL lama sikit dari czer biasa.

Berani ke kau nak tido masa orang tengah kerjakan perut kau tu? Idok la teman nak tido haih...

Nak buat apalagi? Tengok doktor dok proses perut kita ni kat cermin lampu je la. Pregnant kali ni berat naik melampau-lampau sampai last timbang 99 kg...kah...kah...kah...so boleh la tengok perut kau menggelebeh lepas baby keluar kat cermin tu. Pastu doktor cakap 'Maaf puan lambat sikit sebab lemak tebal sangat'....kah...kah...kah... ha ambik habuan. Adan uke sapa suruh taknak tido sangat.

Lepas selesai doktor datang minta maaf sebab baby kena forcep dan ada kesan merah kat tepi telinga. Saya tengok kesan merah tu masa misi tunjuk baby tapi biasa la...tanda merah sikit ja bukan luka pon. Lepas 15 minit dah stabil BP dan suhu badan misi tolak naik ke wad. Security yang jaga depan bilik operation tu bagitau...

'Suami puan dah tengok baby, dah azan dan ambil uri bawa balik. Dia tak dapat tunggu sebab lama sangat. Anak-anak tinggal dekat tok. Baby puan comel sangat...geram mulut merah betul'.

Kita ni dapat tengok sipi-sipi ja kan tadi.

Dah masuk wad misi tak hantar-hantar baby kat kita pon. Berdebor tau sebab baby yang ada problem akan terus di hantar ke HSJ. Kita pon tanya la misi. Misi suruh kita rehat-rehat dulu, satgi depa hantar baby. 2 jam masuk wad, baby dok kat labour room nun. Kita nak tido pon tak senang hati. Wasap masuk berderu-deru tanya nak tengok baby. Allah...orang lain dah excited tapi mak dia ni dah risau sebab tak dapat baby lagi.

Lepas misi tolak baby terus minta misi letakkan kat sebelah. Kitakan tak boleh bangun selama 6 jam. Kena baring tanpa bantal....wuuuu... Inilah dia baby Muhammad Anas Nuqman 3 jam selepas dilahirkan. Anak pon tido elok...mesti kenyang misi bagi susu kat labour room tadi.



Dalam 2.30 petang saya dah start bangun duduk, minum dan makan. Lepas tu pelan-pelan bangun turun katil dan salin modes. Dah ada pengalaman 2 kali czer jadi untuk kali ni saya rasa biasa ja cuma agak sakit sedikit dari yang sebelum ni.

Alhamdulillah 30 September dah boleh discharge dari hospital. Bersalin kali ni happy lain macam sebab tarikh lahir baby Anas Nuqman sama dengan besday abah dia. So kita cakap ni lah hadiah besday untuk abah...hahahaha...padahal kita dah order sling bag POLO untuk suami cuma sampai agak lambat sikit dari tarikh yang dok bajet tu.

Dah jadi mak anak 3 dah weyyyy...dah close production dah. Nak jaga 3 ketoi ni ja.



Nanti ada masa saya cerita hal warded kali kedua masa dalam pantang pulak. Betul-betul mencabar bersalin kali ni.

You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^