Kulit Wajah Kekal Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Terbaharu Di Pasaran

4:12 PM

Assalamualaikum....

Hai hampa...buat apa tu? Lama sangat kami tak bersiaran kat blog haih...ni mai kami nak cerita sikit pasal satu produk penjagaan kulit wajah.

Orang perempuan dengan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Dengan lambakan produk kecantikkan di pasaran membuatkan kita susah untuk memilih produk kecantikkan mana yang sesuai. Penampilan menarik tapi kulit kusam pasti akan mencacatkan keseluruhan penampilan diri. Terbaharu Cosmoderm mengeluarkan Cosmoderm Perfect Balanced dengan Prebiotic dan Calamine.


Cosmoderm Perfect Balanced

Cosmoderm Perfect Balanced merupakan produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi untuk mencantik dan menyihatkan kulit wajah. Ia memiliki 4 set penjagaan iaitu :

  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Soothing WOW Cream
  • SunMilk SPF 25 PA++

Apa itu Prebiotic dan Calamine?

Prebiotic merupakan bakteria baik yang dapat membantu mencerahkan kulit dan mengimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dengan memberi perlindungan kepada kulit lebih konsisten.

Calamine pula bertindak meredakan kerengsaan kulit seperti kegatalan dan kemerahan dan dapat mengurangkan masalah kulit berminyak.

Cosmoderm Perfect Balanced bebas daripada Paraben, fragrance, SLS/SLES dan pewarna tiruan tau.


Cara penggunaan Cosmoderm Perfect Balanced


1- Foaming Cleanser

Perkara asas dalam penjagaan kulit wajah ialah mencuci muka jadi dengan menggunakan COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER ia dapat membersihkan kulit wajah, mengurangkan lebihan minyak serta kemerahan seterusnya menyerap nutrien kepada kulit.

Cuma tekan sedikit Perfect Balanced Foaming Cleanser ke tapak tangan dengan sedikit air dan sapukan perlahan-lahan ke kulit wajah. Urut perlahan-lahan. Kemudian, bilas dengan air bersih.

 



2-Toning Lotion

Selepas muncuci wajah dengan  Perfect Balanced Foaming Cleanser, ratakan kulit wajah dengan COSMODERM PERFECT BALANCED TONING LOTION. Ia diformulasikan dengan Calamine dan 20,000ppm prebiotik yang berfungsi meredakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan penyerapan kulit dan sebagai ketahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.

Cara penggunaan Toning Lotion pun mudah. Goncang botol toning lotion dahulu sebelum digunakan. Tuang sedikit Perfect Balanced Toning Lotion ke tapak tangan. Ratakan perlahan-lahan ke kulit wajah. Siap.




3-Soothing WOW Cream

Langkah ketiga pula semestinya memakai pelembap kepada kulit wajah. COSMODERM PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM ini pula diformulasikan dengan calamine dan 30,000ppm yang berfungsi untuk menyegarkan dan melegakan kulit seterusnya memperbaiki daya ketahanan kulit kita.

Sapukan krim secara rata ke kulit wajah dan leher. Ia amat sesuai digunakan pada waktu siang dan malam.





4-SunMilk SPF 25 PA++

Pelengkap set ini ialah COSMODERM PERFECT BALANCED SUNMILK SPF 25 PA++ yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

SunMilk SPF 25 PA++ ini juga mampu meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada sinaran cahaya matahari serta mengatasi masalah kulit kering.

Cuma sapukan krim SunMilk SPF 25 PA++ keseluruh kulit wajah, siap.


Senangkan?

Packaging Cosmoderm Perfect Balanced ini juga amat menarik. Merah jambu gitu dengan nombor untuk langkah penggunaan.

HARGA PRODUK :

Foaming Cleanser : RM19.90
Toning Lotion : RM45.90
Soothing WOW Cream : RM65.00
Sun Milk with SPF25 PA+++  : RM60.00

Boleh dapatkan set rangkaian penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced ini dengan pembelian di Watson, Guardian atau secara online di https://www.cosmoderm.com.my dan Shopee Cosmoderm

atau boleh dapatkan info lanjut di :-


You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^