Termakan Nasi Kenduri Orang

4:01 PM

Kisah Khamis lepas.

Disebabkan pregnant kali ni saya GDM on INSULIN, Doc KKBM refer pi klinik mata HBM. Dah alang-alang ada kat HBM lepas ambik ubat kat farmasi terus ke klinik mata.

Klinik mata HBM dah pindah dekat hujung hospital so kena jalan jauh. Dari 10.30 pagi dok kat klinik mata sampai pukul 1 tengahari. Doktor check mata dan titik 2 jenis ubat. Lepas pada tu mata memang kabur dan nampak kembang ja. Nak tengok tulisan kat telefon pon tak nampak. Wasap masuk bertalu-talu tapi takleh nak baca.


Masa dok tunggu date next appointment misi suruh pegi makan dulu sebab dah waktu rehat. Perut pon dah lapar sebab sempat makan 2 ketul kuih ja pagi tu so ingat nak cari makan dan ubah kereta bagi dekat sikit kat klinik mata.

Keluar dari klinik mata memang kabur ja. Kena plak jalan tengah panas kita main aci redah ja. Drive pon slow ja sambil cari kedai makan. Ternampak satu kedai makan ramai orang terus kita singgah.

Masa beratur nak ambik makan dengan mata kabur tu baru perasan ada meja makan beradab kat tengah kedai. Pastu dok tengok keliling tengok orang. Mungkin tuan rumah nampak kita tengah blurr dia datang tegur 'awat tak makan?'

'ni kenduri ke? Saya tak perasaan kata kenduri. Mata kabur baru titik ubat Kat hospital tadi'

'takpa2....makan ja. Makcik tak kisah sapa yang nak mai makan boleh ja makan'

Banyak lagi dok cakap dengan tuan rumah akhirnya ambik makanan pon satu dua jenis ja sebab jenuh tenung lauk apa yang ada. Benda jauh saya nampak, bila dekat memang kabur lepas titik ubat.


Mana nak tau depa buat kenduri kawen kat kedai makan di hari Khamis.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Sudahlah mata tengah kabur, ada pulak orang buat kenduri kat kedai makan hari khamis. Macam-macamlah haha sabar je lah.

    ReplyDelete
  2. Kenduri kahwin hari khamis tu lain dari yang lain.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^