Imunisasi Tahun Satu

11:07 AM

Assalamualaikum

Baru-baru ni cikgu kelas Aqil update tarikh untuk suntikan imunisasi tahun satu. Pihak sekolah dah aturkan hari dan masa untuk setiap kelas jadi mak bapa cuma bawa anak untuk cucuk saja. Mudah sangat-sangat dah.

Tapi biasa la mak-mak ni, cuak sikit. Allah...dah lama tak kena cucuk takut sangat dia menangis. Kita tau anak kita macam mana. Sampai hari yang di tunggu terus bawa ke klinik kesihatan yang pihak sekolah aturkan. Naik atas tengok ramai dah kawan-kawan sekelas yang sampai tapi memandangkan dah 3 bulan tak sekolah dan masing-masing pakai mask jadi semua tak bertegur sapa. Mungkin masing-masing tengah cuak.

Lepas saja pendaftaran, anak-anak akan di bawa ke satu bahagian. Mak bapa tak boleh ikut. Tak sampai 5 minit tengok Aqil pun datang dengan membawa sekeping kad. Tak menangis tapi boleh nampak air mata dah bertakung. Rupa-rupanya mereka kena 2 dos suntikan imunisasi di kiri dan kanan bahu. Eh...kalau kita pun bertakung air mata ni ha kena dua dos tu.


Naseb baik takda sapa-sapa yang mula menangis hari tu. Kalau tak mesti ada yang ikut menangis. Lepas setel semua kena la bagi upah. Belanja kepsi habuan tak menangis....hahahaha...

Anak-anak korang tahun satu tahun 2020 dah ambil suntikan imunisasi ke belum? Nangis tak lepas kena cucuk?

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. anak saya kena dah bulan lepas. Menangis juga dia..hehe..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^