Check In Semalam Di HBM

4:53 PM


Assalamualaikum…

 

Hai apa khabar korang hari ni. Sihat?

 

Persediaan raya korang macam mana? Persediaan raya saya ala kadar. Baju saya dan anak perempuan memang dah beli awal dari bulan 2 lagi. Lagi sepasang dah tempah sedondon kat tailor sebelum PKP. Lepas tu bila dah PKP ni memang tak fikir apa dah. Tup tup Penang dah jadi  GREEN ZONE dan takde sekatan dalam negeri kecuali di sempadan negeri saja mood raya tu mai balik tapi tak beli apa pon sangat. Cuma beli baju raya untuk Aqil ja sepasang. Abah deme taknak baju raya. Pakai apa yang ada. Kuih raya pun tak buat tau. Punya la malas mengandung kali ni.

 

 

CERITA SEBELUM CHECK IN HBM

 

Nak cerita hari tu kena check in kat HBM. Biasa la bila mengandung ni macam-macam karenah dok ada. Dok tak dok kantoi GDM masa minum air gula. Tak tinggi mana pun tapi kantoi la juga. Lepas tu repeat ambil darah lagi tapi result darah elok sangat la pula. Pastu dok ulang alik ambil darah sebab ada kes darah beku. Bila darah sampai kat makmal HSJ darah dah beku jadi makmal tak boleh nak test. Hari Selasa tu siap kena buat test jantung dan mata kat KKBT. Ketua doktor kat KKBT pula cakap tak mungkin result darah saya elok sangat kali ni sebab saya penah insulin masa mengandung sebelum ni. Jadi kena repeat ambil darah lagi dan lagi.

  • Isnin ambil kat tangan kiri
  • Selasa tangan kanan
  • Rabu kat tangan kiri
  • Khamis pagi kat tangan kanan
  • Khamis petang(di HBM) tangan kiri

 

Kemuncaknya Khamis pagi tu ambil darah doktor siap tulis URGENT kat surat darah tu. Seminggu direct hujung bulan April muka ni ja yang ada kat KKBT.

 

Petang Khamis tu datang lagi mengadap doktor nak tau result darah. Sampai pukul 2.40 petang. Ada 2 orang pesakit ja sebelum saya tapi doktor tak panggil-panggil lagi. Orang lain yang datang lepas saya pun dah kena panggil jumpa doktor. 3.45 petang baru nombor giliran bernyala. Masuk-masuk terus doktor cakap

 

‘Puan kena masuk wad ya hari ni. Result darah puan tak cantik macam hari Selasa lepas’.

 

Kita dah agak dah bila doktor lambat sangat panggil, mesti ada yang tak kena. Pastu saja la kita buat muka kesian dengan nada sedih

 

‘Kalau tak masuk wad hari ni tak boleh ke?’

 

Doktor cakap nanti jadi apa-apa kat anak dalam tu lagi susah puan. Redha je la. Kita baru ja plan nak santai-santai cuti 3 hari 1 Mei sampai 3 Mei kat rumah. Nak rehat-rehat sekali perancangan Allah lagi hebat. Dia bagi rehat kat HBM terus. Tak payah nak buat keja apa. Kau baring la kat atas katil tu sampai jemu.

 

Lepas dah confirm dengan HBM pukul 4.30 petang baru saya keluar dari KKBT. Masa ni tinggal saya seorang ja kat situ dengan nurse dan kakitangan KKBT yang tengah seronok nak balik berbuka. Kejap-kejap nurse tu tegur. Kejap-kejap nurse ni tegur. Tapi buku pink tak dapat-dapat lagi.

 

Balik rumah kemas apa yang patut dan tunggu suami balik pickup nak hantar ke HBM. Sampai HBM pukul 6 petang dalam hujan lebat selebat kesedihan dalam hati. Lepas dah check ambil darah segala tunggu pula katil tapi hari tu wad penuh. Dekat pukul 7 petang nak tak nak nurse tolak masuk wad dengan orang tua-tua yang memerlukan penjagaan khusus. Semua mengharapkan nurse yang suapkan makan, salin pempes, tukarkan baju dan mandikan. Kita sorang ja pakai baju pink kat situ.

 

Lepas ja buka puasa semua saya baring sambil layan telefon. Tengok-tengok nurse datang bawa ubat suruh makan untuk cairkan darah. Auchhhh….first time mengandung darah pekat dan cepat beku ni. Lepas pada tu pakar farmasi pun datang bagi pen insulin dan ajar cara cucuk insulin. Sebelum tidur nurse datang nak tengok dah pandai cucuk ke tak. Saya pun tunjuk la skill cucuk insulin yang ada. Dah biasa cucuk insulin masa mengandung Auni. Cucuk sekali untuk malam sahaja so memang dah expert la kan. Pastu nurse cakap

 

‘Kalau macam ni punya gaya pandai cucuk esok dah boleh balik dah‘

 

Terus hati berbunga-bunga tak sabar nak balik tengok-tengok terlena macam tu ja. Dalam dok lena tu terdengar bunyi bising-bising. Rupa-rupanya pukul 4 pagi nurse dok gerak sorang-sorang pesakit untuk mandi/lap badan, salin pempes dan baju. Wuuuuu….awal nau. Pukul 5 pagi keadaan kembali sunyi. Nurse ambil peluang bersahur dan selepas tu menunaikan solat Subuh. Saya sempat tidur sekejap masa tu bangun balik 6.20 pagi terus mandi. Lepas mandi sorang nurse datang cakap

 

‘Pagi ni dah boleh balik. Bila dah siap surat nanti kami bagitau‘

 

Terus laju-laju wasap suami takut dia tidur balik….hihihihi… Pukul 8 pagi sarapan pun di hantar. Oppppsss….saya tak dibenarkan berpuasa sepanjang Ramadan oleh doktor atas faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Sempat la berpuasa beberapa hari sebelum check in HBM tu. Tapi bila berada di bulan puasa ni nak makan pon jadi malu-malu padahal semua dalam wad tu tak berpuasa kerana sakit. Kita siap makan sorok-sorok tau. Segan sangat-sangat padahal semua dalam wad tu bukan tengok kau pon.

 

8.30 pagi surat pun dah siap terus wasap suami suruh ambik. Alhamdulillah check out dari HBM pukul 9 pagi. Berakhirlah percutian 2 hari 1 malam di HBM. Balik pada klinik tu suami siap tapaukan nasi kandar habuan nak makan tengahari….hahahaha… Suami tau isteri dia kena makan on time sebab suami yang pi ambil ubat segala hari tu. Sekarung stok ubat kita kena makan dan cucuk untuk mengandung kali ni. Petang takpa la boleh masak awal sikit dan boleh seludup-seludup makan time petang tu.

 

28 Mei ni kena mengadap doktor pakar kat HBM dan nak tengok result dia macam mana. Wuuuu….dugaan sungguh mengandung kali ni.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Sebab pandai cucuk insulin sendiri dah boleh balik? Apa-apa hal memang dugaan betullah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya....selalunya macam tu tp kali ni cpt sgt.
      Ms anak kedua diorang tahan 3 hari 2 malam.
      Mungkin sebab covid sama kot diorang bg balik awal

      Delete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^