Pregnancy Journey | Bila Mengandung Waktu PKP Dan Sangkut GDM

3:25 PM

Assalamualaikum

Masuk hari ni saya dah 16 minggu. Nak kata cepat sangat pun tak juga sebab sendiri yang tanggung badan tak sihat. Kalau sihat tu mungkin rasa cepatnya masa berlalu.

Macam yang sebelum-sebelum ni juga, mengandung kali ni pun sangkut GDM. 2 minggu lepas minum air gula dan resultnya tak cantik lansung. Mungkin duduk saja kat rumah dalam waktu PKP ni asyik ulang bancuh milo...teh tarik..milo...teh tarik sampaikan kandungan gula dalam darah naik tinggi tanpa sedar. Kena pula makan asyik muntah. Habis mana ada serat nak serap gula dari air manis yang di minum. Bila dah minum air gula memang sangkut terus la.

Yang tu takpa lagi, bila dah kena buat BSP nak ulang-alik klinik 4 kali sehari kita ok ja sebab dulu-dulu pun macam ni juga tapi dalam tempoh PKP ni farmasi taknak buat BSP, company tak benarkan keluar dalam waktu bekerja takut terbawa balik virus, klinik tutup awal dan tak dibenarkan keluar rumah selepas jam 8 malam. Nak taknak terpaksalah cari alternatif lain, beli alat check BSP.


Masa percubaan kat rumah, takut-takut nak buat tapi bila dah tau cari, eh....senang rupanya. Dari minggu lepas selepas conference dengan pakar pemakanan saya dah start ikut cara pemakanan yang disarankan tapi bila masuk bulan puasa, Allah...mencabar sungguh. Harap-harap saya dapat bertahan la dengan godaan makan dan minum yang sedap-sedap waktu berbuka nanti. Tak larat nak ulang-alik klinik oiiiii.....


You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^