Resepi Mudah | Ikan Siakap Bakar MCO

10:05 PM

Assalamualaikum 

Hai semua. Macam mana keadaan korang setelah 3 minggu di dalam #perintahkawalanpergerakan akibat wabak Covid-19 yang menular ni?

Saya Alhamdulillah dah ok sikit dari alahan. Dah boleh masak-masak kat dapur tapi makan tetap kurang.

Sebab dah lama sangat berkurang dalam rumah tak boleh makan besar kat luar hari ni abah depa rajin nak bakar-bakar. Meh kita kongsi resepi mudah IKAN SIAKAP BAKAR.

Bahan-bahannya :-
- 1 ekor ikan Siakap
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2 paket perencah bihun goreng Adabi

Cara-caranya :-

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai dengan sedikit air. Selepas itu campurkan dengan perencah bihun goreng Adabi. Kalau korang sukakan pedas boleh tambah cili kisar.

Lumur ikan siakap dengan bahan kisar dan perencah yang telah dicampurkan. Lapik daun pisang pada pemanggang ikan dan letakkan ikan. Balut kedua-dua bahagian ikan dengan daun pisang supaya bahan perencah tidak tumpah. Boleh bakar dalam 15 minit. Hari ni kita bakar ikan guna arang di luar rumah. Terpulang kat korang nak bakar macam mana. Kalau korang ada pemanggang ajaib tu lagi la senang. Letak je dalam pemanggang ajaib.

Siap boleh di hidang dengan air asam atau cili kicap. Adik kita kata rasa sama macam makan kat kedai ikan bakar....hahahaha...boleh buka kedai ni. 

Selamat mencuba. 

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. wahh nampak sedap sangat zai, kak ana belum pernah bakar siakap lagi bolehlah try kan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^