Covid 19 oh... Covid 19

9:59 AM


Assalamualaikum

Lama tak update blog. Sebenarnya MOOD masih kelaut di tambah pula dengan wabak Covid 19 yang makin menular sekarang.

Masa awal kemunculan wabak Covid 19 ni saya dah rasa bahang dia kat tempat keja. Ialah...saya handle report 2 subcon company tempat keja yang bertempat di China. Masa awal China LOCKDOWN team kami memang dah terasa. Mana order customer banyak yang sangkut dan kita taktau berapa lama China nak LOCKDOWN masa tu.

Dua tiga minggu juga la tak dapat report dari sana. Dapat update sikit-sikit dari aplikasi Wechat dengan team China ja. Tapi masa ni di Malaysia baru ada puluhan kes sahaja jadi rakyat Malaysia masih anggap ia remeh lagi sebab masa tu saya lihat ramai lagi rakan-rakan alam maya masih travel ke luar negara sana sini padahal syarikat saya keja dah tak benarkan staff ke luar negara atau staff/customer dari luar negara datang ke sini. Semua perbincangan melalui phone call dan email. Mana-mana yang ke luar negara bercuti kena ambil cuti  sendiri a.k.a annual leave 14 hari untuk kuarantinkan diri. Kalau kau takda cuti sila ambil unpaid leave okey.

Bila gelombang kedua Covid 19 muncul di Malaysia baru nampak semua dah rasa bahayanya bila mana angka rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak Covid 19 makin meningkat dari hari ke sehari. Company masa ni dah mula atur waktu bekerja baharu untuk kami semua. Belum sempat nak laksanakan perdana menteri Malaysia dah umumkan Malaysia perintah kawalan pergerakan selama 14 hari.

Setakat 8 hari kita dalam perintah kawalan pergerakan yang di umumkan oleh perdana menteri kita, sudah ada 16 kematian akibat jangkitan wabak Covid 19.

Jadi untuk semua rakyat Malaysia sila ikut arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri kita untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak ini. Jangan keluar dari rumah jika tak berkeperluan. Kita cuma ada 6 hari lagi jadi diharap semua dapat bersabar dan ikutlah arahan pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Diharap wabak Covid 19 ini akan beransur hilang dalam waktu terdekat ini....aamiin.

You Might Also Like

0 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^