Perkembangan Auni 16 bulan

11:13 PM

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita sikit tentang perkembangan Auni Nadeera di umur 16 bulan. Ada orang tanya kenapa Auni kerap sangat demam sekarang ni. Haih...kalau saya tau kenapa dia kerap demam saya pun takkan bagi dia demam. 


Sejak Auni demam tarik masa umur 13 bulan, sehingga sekarang tiap bulan mesti dia demam. Bila tengok balik mungkin ada kena mengena dengan pertumbuhan gigi Auni. Dia baru je naik gigi pertama masa 13 bulan. Sekarang baru naik gigi yang ketiga.
Iya memang pertumbuhan gigi Auni agak lambat sedikit tapi nurse dan doktor kata itu normal. Jadi saya tak risau pun bab tu.

Mungkin juga persekitaran memainkan peranan juga. Macam baru-baru ni demam bila mana semua anak mengasuh selsema yang mungkin disebabkan oleh jerebu. 

Di usia 16 bulan ni Auni dah boleh sebut banyak perkataan dan kenal benda yang disebutkan. Dia dah pandai minta...sebut nakkkkk....panjang bunyi nak dia tu.

Auni dah boleh kenal pasti anggota badan seperti kaki, tangan, mata, telinga, rambut, gigi dan hidung.

Auni tahu bila nak ke rumah 'mak' dia mesti kena bawa beg baju dia. Dia akan sebut bek...bek...berulang kali selagi kita tak bagi beg baju untuk dia pegang.

Kalau nak keluar rumah dia akan minta pakaikan kasut sambil ambil kasut hulur kat kita suruh pakaikan dan sebut achoot.

Kalau nak dibandingkan perkembangan Auni dan Aqil masa 16 bulan ni, Auni cepat bercakap berbanding Aqil. Mungkin persekitaran tempat mengasuh juga. Dulu pengasuh Aqil cuma jaga 2 orang budak, Aqil dan sorang budak berbangsa Cina tapi Auni pula di asuh bersama 3 lagi anak-anak yang hampir sebaya dengan dia dan membesar bersama kakak-kakak dan abang yang sudah bersekolah dan kerja jadi dia cepat bercakap.

Untuk Auni saya tak nak lakukan kesilapan masa besarkan Aqil dulu. Kalini lebih banyak berinteraksi dan bermain tanpa sogokkan handphone. 

Ibu-ibu ni tak minta banyak, cuma nak lihat anak-anak membesar dengan elok sahaja. 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. okay dah tu dah naik 3 batang gigi. alahai comelnya dia pandai sebut banyak perkataan dah

    ReplyDelete
  2. setiap baby lain perkembangan nya..
    sofia sy pon lmbt tumbuh gigi..
    nk masuk 2 tahun ni baru byk ckp..
    tp kaki dpt dulu ms 11bulan.. hihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^