BUFFET RAMADHAN PENANG 2019 | IXORA HOTEL PENANG

11:17 AM


Assalamualaikum…

Kampungku 2019 Bufet Makan Malam


Hai korang. Rasa tak sabarkan nak sambut puasa tahun ni. Agak-agaknya korang dah ada plan ke belum nak berbuka puasa kat mana-mana tak nanti. Iyelah, sekali sekala bawalah anak isteri/suami berbuka di luar. Penang dan Melaka memang banyak tempat menarik, makannya pun sedap sedap. Baru rasa kelainan sikit. Bagi yang bujang tak kisah sangat nak berbuka di mana-mana. Bagi yang berkeluarga dan ada anak kecil ni agak payah sikitkan. Budak-budak bukan reti duduk diam sementara nak tunggu waktu berbuka. Ha….tak perlu risau. Kali ni saya nak kongsi satu tempat makan untuk berbuka yang sesuai bagi yang mempunyai anak kecil.

Ixora Hotel Penang ada memperkenalkan Kampungku 2019 Bufet Makan Malam sepanjang Ramadan ini. Tema di pilih berdasarkan menu yang disediakan bercirikan masakan kampung yang dapat menggamit memori kita kepada masakan ibu dan nenek kita di kampung. Jom tengok antara menu-menu yang disediakan.

Pembuka Selera

Sebagai permulaan, terdapat pelbagai jenis kerabu serta banyak pilihan ulam-ulaman dapat membangkitkan selera sewaktu berbuka antaranya ulam raja, daun selom, pucuk ubi kayu rebus, daun ulam pegaga, petai dan banyak lagi di tambah pula dengan seleksi sambal seperti sambal belacan kampung, budu Kelantan, sambal tempoyak dan sambal manga muda.

aneka kerabu

Disediakan juga sup kambing berempah dengan kentang, sup tomyam laut dan sup ekor ala kampung yang akan disediakan secara bergilir mengikut hari tertentu.


sup kambing berempah dengan kentang yang mantop

Saya cuba sup kambing berempah dengan kentang. Supnya sedap dipenuhi rasa rempah yang tak terlalu kuat, dagingnya lembut, hancur di mulut dan memang kena dengan selera. Makan sup kambing berempah ni dengan nasi putih sahaja pun boleh habis nasi sepinggan ni.


Menu Utama

Di kaunter bufet utama adalah hidangan yang penuh dengan rasa yang kuat seperti Nasi Minyak Pelangi, Siput Lala Goreng Bercili, Gulai Ikan Keli Timun Muda Tumis Darat, Udang Goreng Nestum Daun Kari, Daging Dendeng Madu, Kupang Masam Manis, Ayam Kuzi Berempah Dengan Kismis, Sambal Tumis Kerang Dengan Ubi Kentang, Ketam Goreng Bercili, Masak Lemak Petola dan Sayur Campur Cendawan Sos Tiram dan banyak lagi pilihan makanan.





Lain-lain menu mengikut giliran hari tertentu antaranya Daging Shamah, Patin Masak Cuka Cili Padi, Gulai Udang Rebung, Siput Lala Cincaluk, Ayam Panggang Percik Sos Pandan dan banyak lagi.

Dapur Panas

Tidak lengkap hidangan jika tiada menu dari dapur panas yang disediakan secara lansung kepada pelanggan. Terdapat menu-menu lain di stesen dapur panas seperti ikan bakar, kambing golek, kebab, pasir, rojak dan asam laksa turut tersedia.


seleksi ikan bakar

kambing golek

asam laksa

ais kacang

seleksi rojak buah

Pencuci Mulut

Turut tersedia kuih-muih tradisional seperti onde-onde, kole kacang, ketayap, cucur badak, popia goring, kuih cara dan kuih keria. Tak ketinggalan kuih baharu seperti pudding jagung, kek dan koktail buah-buahan.



kesukaan kanak-kanak

Yang menariknya berbuka puasa di Ixora Hotel Penang ini bila pihak pengurusan ada menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Jadi ibu bapa dapat menjamu selera dengan selesa dan takde la rasa kalut nak melayan karenah anak yang tak berapa suka makan dan cepat bosan di satu-satu tempat sebab ada taman permainan untuk mereka melakukan aktiviti dengan adik-beradik serta kawan-kawan baru di sana. Bestkan camni? Anak-anak selesa, ibu bapa pun gembira menjamu selera.


Kalau korang berminat membeli Kampungku 2019 Bufet Makan Malam di Ixora Hotel Penang ini boleh dapatkan pembelian awal yang telah dibuka bermula sekarang sehingga 6 Mei 2019 melalui laman web www.ixorahotel.com.


Baba & Nyonya                 RM60/dewasa
                                       RM46/kanak-kanak(4-12 tahun)
The Straits Cafe                RM88/dewasa
                                       RM58/kanak-kanak(4-12 tahun)

Dengan pembeli 10 untuk dewasa akan dapat PERCUMA 1.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 04-3828888 atau email info@ixorahotel.com



You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers