Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum Untuk Kulit Wajah Lebih Sihat dan Anjal

10:10 AM

Haluuuu….

Hari ni kita nak bagitau satu produk keluaran Malaysia untuk wanita yang ingin menjaga kecantikkan kulit wajah. Biasalah bila dah berumur ni baru ada kesedaran nak jaga kulit muka dengan teratur. Nak nampak muda dari usia la katakan. Kalau tak dulu hentam saja bab penjagaan kulit wajah ni. Muda lagi kan, muka pun belum ada kedutan.



Korang tau kan serum sangat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah jadi hari ini saya nak memperkenalkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum. Kenapa antioxidant? Kerana antioxidant akan berfungsi secara khusus ke atas kulit atau cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan kulit akibat radikal bebas.

Serum ini mengandungi Super Palm Vitamin E Tocotrienol yang dapat membantu :-
  • mengurangkan kedutan di wajah
  • memberi perlindungan kulit yang optimum
  • menjadikan kulit lembut dan licin
  • mengandungi pelembap anti-penuaan 2 dalam 1




Keunikan Antioxidant Serum ini :-
1. Mengandung Vitamin E tocotrienol - kajian menunjukkan tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa berbanding Vitamin E alpha-tocopherol yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit dipasaran.
2. Serum ini sejuk dan tidak berminyak.


Kebaikan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum :-
  • memudarkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi
  • mengurangkan jerawat dan tanda jerawat
  • mengurangkan parut
  • melembapkan kulit dari dehidrasi
  • mengurangkan kesan sunburn dari sinaran matahari
  • mengurangkan kesan stretch mark
  • menjadikan kulit lebih anjal
  • melambatkan proses penuaan
  • melicin dan mencerahkan kulit


Senang sangat bila gunakan Antioxidant Serum ni, titis beberapa titik serum dan sapu pada seluruh wajah. Dah tak perlu nak tunggu lama-lama sebab ia CEPAT MENYERAP dan TIDAK BERMINYAK serta TIDAK MELEKIT. Selepas memakai serum dan boleh terus makeup. Korang boleh gunakannya 2 kali sehari, pagi dan malam selepas mencuci muka dan badan. Yang bestnya penggunaan jangka panjang Serum Antioxidant ini dapat menggalakkan kulit agar kelihatan lebih sihat.


Antioxidant Serum ini dihasilkan daripada bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Serum ini telah di uji oleh dermatological , bebas sulphates dan juga bebas paraben. Ia juga tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya antaranya :-
  • No Sodium Lauryl Sulfate
  • No Sodium Laureth Sulfate
  • No Paraben
  • No Animal Derivatives
  • No MIneral Oil
  • No Alcohol
  • No Harsh Detergent
  • No Artificial Colors
  • No EDTA
  • No Propylene Glycol
  • No Synthetic Fragrance


Serum ini didatangkan dalam 2 jenis saiz iaitu 10 ml dan juga 30 ml.

Boleh didapati di mana-mana farmasi terpilih antaranya di negeri Johor, Pahang, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Terangganu, Kedah, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Boleh tengok senarai farmasi terpilih di sini-https://sannyjoleen.com/stores/

Atau boleh juga membuat pembelian melalui website www.sannyjoleen.com. Yang bestnya penghantaran adalah percuma di seluruh Malaysia. Wah…jimat duit pos kan.

Untuk maklumat lanjut boleh ke :-

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. sis pun suka pakai serum... almaklumlah dh makin berusia ni hehe

    ReplyDelete
  2. Serum 2 in 1 .. Sebagai pelembab dan juga anti penuaan bagus

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^