3 Minit Penyediaan Instant Spaghetti dari Master Pasto
2:52 PM
Haluuuu…sejak-sejak ada anak 2 ni dan abah Aqil Auni keja
sendiri balik tak menentu masa, mama jadi tak sempat nak masak. Tak sempat
bukan disebabkan sampai lambat balik dari kerja je tapi tak sempat dek kerana
perangai Auni yang macam-macam. Dia kalau boleh nak mama dia ni duduk
dekat-dekat dengan dia ja. Kau bangun je ke dapur walaupun dia boleh nampak
mama dia di dapur, menangis macam kena pukul. Takut kena tinggal la tu. Nak
bawa dia ke dapur masa memasak takut terpercik minyak panas masa menumis. Mencabar
sungguh dengan anak dara sorang ni. Yang anak teruna sorang tu asyik lapar
sentiasa dan tak sabar nak makan. Mama jadi pening.
Nasib mama diperkenalkan satu produk dari Master Pasto
keluaran Lioco Food Industries Sdn. Bhd.
ni. Memang sesuai untuk mama yang asyik tak sempat masak tapi anak dah nak
makan sangat-sangat, yang malas nak masak macam mama juga…hahaha…dan sesuai
juga untuk di bawa travel. Korang pernah dengar Master Pasto?
Meh kita nak kenal sapa Master Pasto tu. Master Pasto adalah
produk pasta siap sedia untuk di makan dan paling senang untuk disediakan. Mana
tak senangnya, 3 minit saja penyediaannya. Fuhhhh…pantas sangat.
Ada 3 jenis produk keluaran Master Pasto iaitu :-
- Spaghetti Mushroom Cream Sauce
- Spaghetti Bolognese With Chicken
- Spaghetti Aglio Olio With With Chicken
Di dalam setiap pek Master Pasto terdapat 2 pek kedap udara yang di bungkus dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan sebungkus sos yang telah siap di masak bersama bahan-bahannya termasuk cendawan dan isi ayam.
Keistimewaan produk Master Pasto ini :-
- Spagetthi segera
- Tiada perasa tiruan(MSG)
- Tiada bahan pengawet
- Siap di masak sepenuhnya, hanya perlu panaskan sahaja
- Panaskan dalam masa 3 minit
- Tiada penyejukan yang diperlukan(tak perlu simpan dalam peti sejuk)
- Semestinya HALAL
Ada 2 cara penyediaan pasta dari Master Pasto ini.
- Didihkan bungkusan Master Pasto di dalam air mendidih.
- Panaskan menggunakan microwave.
Tada….dah siap sedia untuk di makan. Rasa kuahnya pun sedap
dan yang paling penting boleh makan pasta macam kat restoran tapi cuma perlukan
masa 3 minit penyediaan sahaja.
Mana nak dapatkan produk Master Pasto ni?
Mana nak dapatkan produk Master Pasto ni?
Boleh
ke :-
Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
3 apa kata anda?
First time dengar spaghetti master pasto ni, nanti boleh cuba. Thx for sharing
ReplyDeletetu la baru tau boleh masak cara macam nie...macam masak nasi briyani, nasi goreng kampung dan lain lain lagi dari Brahims. Boleh bawak travel jugak! Terima kasih akak tolong share kan info nie. Sangat berguna!
ReplyDeleteSenang lepas ni nak makan spaghetti. dah ada yang instant. jimat masa di dapur.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^