Ajar Anak Membeli Di Kedai

4:24 PM

Assalamualaikum.

Dah lama tak sembang tentang anak sulung si Aqil Najmi. Asyik up cerita #dakkenteng Auni ja kan. Meh la nak cerita serba sedikit pasal si abang ni pulak.

Minggu lepas balik rumah mertua. Tengah-tengah dok masak makan tengahari tengok-tengok bendi dan cabai hijau takda. Tak lengkap la nak masak kari kalau takda bendi. Nak pi kedai dengan dak kenit ni malas la pulak. Jadinya suruh si Aqil Najmi yang ke kedai yang jaraknya 10 minit jalan kaki ikut mak long dia kebetulan nak beli barang dapur jugak.

Dah pesan beli bendi 5 dan cabai hijau 3. Sampai kedai mak long tanya mama pesan nak beli apa. Dia ulang jawab sambil tunjuk bendi dan cabai hijau.

Mak long dia kata ingat no apa yang orang pesan padahal sepanjang jalan dok sembang pokpekpokpek tak berenti. Alhamdulillah dah boleh harap dah tapi dengan pemantauan orang dewasa.

Semalam test sekali lagi. Berhenti kat kedai mamak suruh dia beli air teh ais bungkus. Bagi RM2, abah tunggu kat luar kedai. Dia masuk pi order dekat orang yang bancuh air. Dah dapat air bayar kat kaunter dan tunggu dapat baki. Orang kat kedai perati ja kami suruh anak yang beli air. Bukan apa, ini persediaan untuk dia masuk darjah 1 tahun depan supaya reti nak membeli dan kenal duit.


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. hehe hero sorang ni da besarrr da dia.. dah boleh suruh beli barang hehe..

    ReplyDelete
  2. dah besar abang Aqil, boleh harap dah tu. yelah senang ajar awal2 ni, nanti tak laa struggle nak ajar masa dah masuk sekolah.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers