Barangan Dekorasi Di Kaison Buat Saya Rambang Mata

10:23 AM



Assalamualaikum.
Eh…korang suka beli barang dekorasi rumah di Kaison tak? KAISON adalah jenama Malaysia yang menjual barangan rumah, hiasan, dan hadiah dengan harga yang berpatutan.


Baru-baru ni saya masuk Kaison Online, saja belek-belek barang kat dalam tu…fuhhhh….rambang mata ni ha. Terus suarakan hasrat kat suami ajak pindah duduk rumah sendiri walaupun rumah tu agak jauh nak ke tempat kerja masing-masing….hahaha. Rasa tak sabar nak deko-deko rumah. Sekarang ni menyewa rumah orang. Nak deko lebih-lebih tak dapat la. Kang tak memasal tuan rumah marah dok tebuk-tebuk rumah dia. Setakat letak pasu bunga bagai tu ada tapi hiasan dinding tak ada. Tapi bila dah pindah rumah sendiri mestilah nak beli barang deko yang baru. Tak gitu?
Dari Utara hingga ke Selatan termasuk Sabah dan Sarawak dah banyak cawangan Kaison di buka. Ini senarai Kaison seluruh Malaysia.


Wah, orang-orang Sabah Sarawak pon dah boleh mendeko guna barangan Kaison dah sekarang. Banyak cawangan yang dah di buka di sana.
Tak sabarnya nak deko-deko. Jom tengok apa yang menarik di Kaison Online sebelum ke sana. Kalau dah sampai sana rasanya 3 jam dok dalam Kaison tu pon belum tentu-tentu habis memilih ni….hahahaha.


Dok bayangkan lampu ni di gantung dekat atas meja makan…emmm….emmmm…mesti cantikkan?




Cantik-cantik pula artificial flower dari Kaison. Satu hias di meja makan dan satu lagi di meja sisi di ruang tamu. Padankan ia dengan pasu-pasu yang vasss…terus nampak mewah.


Back cushion ni pun cantik juga diletakkan di atas sofa. Kilauan warnanya menampakkan ia berkonsep moden gitu.


Kalau tak suka yang berkilau boleh guna corak geometric macam ni.





Dengan harga yang ditawarkan agak berpatutan, tak perlu lagi memikir bajet yang besar untuk menghias rumah. Nak minta Kaison buka satu cawangan di Penang pulak la. Kita dah rambang mata ni...hahahaha.



You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. bila depa nak bukak kat Penang ni !! hahah jauh naaaaau paling dekat dok pi kat Ipoh.. hahaha x larat le nak ke Ipoh selalu..

    ReplyDelete
  2. pernah masuk yang kat Station 18. memang rambang mata klu masuk dalam tu.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^