Mak Sibuk Pindah Office

8:03 AM


Assalamualaikum

Dah lama tak bersiaran. Sibuk pindah ofis baru bukan pindah rumah baru . Sibuk juga dok jelajah tempat baru. Jakun weyyy walaupon company yang sama tapi plant lain-lain.

orang kiri kanan tak mai lagi bolehlah nak tangkap gambar camni...hahahaha...kalau tidak maluuuuuuu

Asalnya saya taknak pindah pon. Nak duduk kat ofis lama ja tapi bos cakap semua pindah takkan saya nak duduk sana sorang-sorang. Phewww….sibuk gakla lepas confirm kata nak pindah tu. Mana nak kemas barang-barang department, kemas meja sendiri, nak arrange barang hantar pi plant baru, nak scrap barang-barang evaluation yang banyak tu. Cari bahagian EHS nak mintak approval pon dah sepasal….hahaha…memang bizi tahap dewa la. Memang 2 hari  lepas pindah tu tak buat keja lansung dok tunggu barang dari plant lama sampai plant baru. Pastu nak pasang itu ini segala lagi. Itu pon ada lagi yang belum kemas. Barang-barang dalam store belum check inventory ada berapa. Taktau bila nak habis buat semua benda tu.

Kena plak sekarang ni company asyik shutdown bila ada perayaan apa-apa ja. Bulan Disember 2018 ritu shutdown dari 22 Disember 2018 sampai 6 Januari 2019. Yang mana plan bercuti tu best la. Saya tak ke mana-mana. Bisnes suami baru nak up takkan nak cuti. Kita cuti balik rumah tok Besah dan tok Lunas je la….hihihi…

Minggu depan nak raya Cina plak. Company cuti lagi seminggu. Plan nak jalan-jalan time ni sebab banyak bisnes tutup lama sambut raya so suami boleh cuti lama sikit, sekali anak saudara suami bagitau nak kawen 5 Februari nanti. Bagitau mengejut plak tu. Kelam-kabut adik beradik yang lain sebab masing-masing dah ada plan dah. Adussss…bantut cuti kami lagi. Takpalah…next time kami plan lain.


Dah nak raya ni dapatlah gift dari boskurr berbangsa Cina. Depa raya kita plak dapat hadiah. Limau besar dah penuh satu tingkat dalam peti ais kawan-kawan bagi. Ni dapat plak limau kecik dari reporting bosskur. Kita tak kisah pon dapat apa. Dapat limau sekotak pon dah hepi sangat…hahahaha…


Kepada rakan-rakan berbangsa Cina, Happy Chinese New Year and Happy Holiday!!!

Kepada rakan-rakan yang bercuti-cuti nanti, berhati-hati di jalan raya. Makan limau jangan banyak sangat tau nanti sakit perut…hihihihi….

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. raya cina tak berasa pun nak makan limau bagai nih. apapun best jugak dapat gift macam tu. alahai terbantut plan nak bercuti kan.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^